Untuk memandu kenderaan tidak kiralah kereta, motor, bas, teksi, lori, atau sebagainya, setiap orang memerlukan lesen memandu yang sah. Setiap negara pastinya mempunyai undang-undang lesen memandu yang dikuatkuasakan mereka dan wajib dipatuhi. Begitu juga di Malaysia, negara kita sendiri mempunyai beberapa jenis lesen memandu yang perlu anda tahu.

Lesen memandu pelajar (LDL)

Lesen memandu pelajar atau dikenali sebagai Learning Driving License (LDL) adalah lesen yang membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut ketegori kelas yang ada seperti B, B2, D, dan E.

Bagi yang masih memiliki lesen L, anda mestilah memperbaharuinya setiap 3 atau 6 bulan sekali jika masih belum lulus ujian daripada JPJ. Sedangkan tempoh sah bagi lesen tersebut pula adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan.

Kegagalan anda memperbaharui lesen L dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menyebabkan anda terpaksa mengulangi semula prosedur pembelajaran memandu dari mula.

Lesen memandu percubaan (PDL)

Lesen memandu percubaan atau dikenali sebagai Probationary Driving License (PDL) adalah lesen P. Kebiasaannya, lesen ini akan diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ dan tempoh salah laku selama 2 tahun.

Selepas tempoh 2 tahun itu, Lesen P anda akan di “upgrade” menjadi lesen kompeten yang biasa. Namun begitu, untuk mengelakkan anda terpaksa mengulangi prosuder pembelajaran memandu, lesen itu wajib ditukar dalam masa setahun dari tarikh ia tamat.

Lesen kompeten (CDL)

Seterusnya, bagi lesen kompeten pula atau lebih dikenali sebagai Competent Driving License (CDL). Lesen CDL merupakan lesen yang telah dinaik taraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun.

Bagi anda yang menjadi pemegang lesen ini, ia tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen tersebut digantung atau dibatalkan. Mengikut undang-undang, lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3, atau 5 tahun sekali.

Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

Lesen memandu vokasional (VDL)

Lesen memandu komersial khas iaitu bagi pemandu kenderaan bas dan lori ia juga dipanggil dengan nama lesen memandu vokasional (VDL).

Badan yang berkuasa dalam mengeluarkan lesen ini termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Secara umumnya, lesen ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

  • Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas)
  • Lesen Kenderaan barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi)
  • Lesen Konduktor

Senarai kelas lesen memandu mengikut kategori kenderaan

Tadi kita sudah membincangkan berkenaan dengan jenis lesen memandu. Berikut pula adalah senarai kelas lesen memandu mengikut kategori kenderaan berdasarkan kapasiti cc enjin, jenis penggunaan dan kenderaan.

  1. A – Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) BTM tidak melebihi 450kg
  2. A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500 kg
  3. B – Motosikal melebihi 500 cc (motrosikal besar)
  4. B1 – Motosikal tidak melebihi 500 cc
  5. B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc (kapcai)
  6. C – Motosikal Tiga Roda (kenderaan jual aiskrim atau roti)
  7. D – Motokar BTM (berat tanpa muatan) tidak melebihi 3500 kg
  8. DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  9. E – Motokar Berat BTM melebihi 7500 kg
  10. E1 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500 kg
  11. E2 – Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000 kg
  12. F – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg
  13. G – Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg
  14. H – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000 kg
  15. I – Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg

GDL – Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang

  1. B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc – motor posmen dan jual roti/aiskrim
  2. B – Motosikal melebihi 250 cc
  3. D – Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg
  4. E – Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. – lori treler

PSV – Kenderaan Perkhidmatan Awam

  1. D – Van Penumpang / Bas Mini
  2. D – Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa
  3. E – Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg

Semoga perkongsian mengenai jenis lesen memandu ini dapat memberikan anda maklumat yang bermanfaat khususnya bagi semua pemandu di luar sana agar dapat memandu secara sah di sisi undang-undang.

Selain dari artikel berkenaan dengan jenis lesen memandu di Malaysia ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan automobil seperti:

Rujukan:

  1. Jenis Lesen Memandu Di Malaysia. Lesen2U
  2. Senarai Kelas Lesen Memandu Mengikut Kategori. Harga Minyak
  3. Lesen Memandu di Malaysia Mengikut Jenis. Kementerian Pengangkutan Malaysia

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.