Pasti semua pasangan inginkan zuriat selepas berkahwin begitu juga pasangan yang sudah mempunyai anak. Mempunyai anak yang ramai adalah satu rezeki yang diberikan oleh Allah. Bagi pasangan yang menginginkan anak ada pelbagai cara untuk mendapatkan anak.
Pelbagai tips dikongsikan untuk mendapatkan anak antaranya tengok kalendar haid wanita, hari apa yang mempunyai kesuburan yang tinggi, pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kesihatan diri, banyakkan bersenam dan lain-lain lagi. Pemakanan juga penting dalam mengekalkan kesuburan diri tapi bukan semua jenis makanan bagus untuk kesuburan.
Apakah makanan yang bagus untuk kesuburan diri?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 jenis kumpulan makanan yang bagus untuk kesuburan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Bagi ibu hamil kalsium sangat penting untuk perkembangan tulang bayi, serta menjaga kesihatan diri sendiri. Bagi yang melalui fasa prakonsepsi produk tenusu seperti susu, dadih, krim dan keju, membantu meningkatkan kesuburan, sekali gus sistem reproduksi berfungsi lebih cekap.
Pakar pemakanan membuat banyak kajian mengenai kaitan antara kalsium dengan reproduksi. Wanita yang mencuba untuk hamil perlu memenuhi sekitar 1,000 miligram kalsium sehari. Produk susu yang diambil pula perlu tinggi lemak.
Ramai orang mengelak makanan mengandungi karbohidrat dngan alasan menyebabkan kegemukan. Tidak semua karbohidrat diciptakan sama. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam bijirin bukan hanya menyihatkan, tetapi membantu meningkatkan kesuburan.
Keadaan ini berbeza dengan karbohidrat yang ditemui di dalam roti dan nasi putih yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ini akan mengganggu hormon yang bertanggung jawab dalam sistem reproduksi, sekali gus menghalang kehamilan.
Selain kaya vitamin, mineral dan nutrisi, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berada di dalam tubuh, ia menyebabkan masalah kesihatan seperti gangguan pada hormon reproduksi. Ketika memilih buah dan sayuran, pilih pelbagai warna. Semakin kuat warnanya semakin banyak nutrisi di dalamnya.
Contohnya buah beri sangat berkhasiat. Ia membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan mencegah penuaan. Buah ini tidak hanya mempengaruhi tubuh, tetapi juga telur dalam saluran reproduksi. Elakkan buah dan sayur dengan nilai gizi yang sangat sedikit dan penuh dengan bahan pengawet dan pemanis buatan.
Pengambilan ayam sangat penting kerana makanan ini tinggi protein dan zat besi, terutama bagi wanita yang berusaha untuk hamil. Zat besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan ketika hamil. Kajian menunjukkan wanita yang kurang zat besi sukar mendapat cahaya mata berbanding mereka yang mempunyai zat besi mencukupi.
Telur kaya vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin yang dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap asid folik. Asid folik sangat penting pada awal kehamilan bagi mencegah bayi lahir cacat saraf seperti spina bifida. Mengambil hanya sebiji telur sehari dapat meningkatkan kadar kolin yang cukup untuk meningkatkan penyerapan asid folik.
Kacang dan bijirin dicerna lebih lambat di dalam tubuh, sekali gus ia membantu mengatur tingkat insulin dan ovulasi. Selain itu, kekacang dan bijirin juga mengandung Omega-3 yang memberikan kesan langsung pada peningkatan hormon serta tinggi antioksidan.
Omega-3 memiliki kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 biasanya ditemui dalam minyak zaitun yang dapat meningkatkan kualiti sperma atau sel telur terutama wanita yang ingin hamil. Boleh baca sini untuk maklumat khasiat minyak zaitun.
*Berikut adalah jenis kumpulan makanan yang boleh meningkatkan dan mengekalkan kesuburan diri. Ia sesuai diamalkan oleh kaum wanita dan lelaki. Ingat, faktor makanan juga adalah salah satu sebab untuk dapat anak dengan cepat atau lambat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Jemput juga baca artikel rawatan IVF dan petanda rahim jatuh. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.