Anda peminat ketam? Pastinya jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran dimedia sosial. Nak-nak lagi pada musim ketam besar iaitu semasa bulan mengambang penuh. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis ketam yang biasa dijual di Malaysia. Setiap jenis ketam mempunyai rasa yang tersendiri.
Malah berlainan jenis ketam, anda akan mendapat tekstur isi yang berbeza. Apa yang lebih penting, bukan semua jenis ketam halal untuk dimakan oleh kita yang beragama islam.
Jom kita lihat jenis ketam yang mak-mak perlu tahu supaya tak tersalah beli ketam yang tidak halal untuk dimakan.
Ketam bunga ialah ketam yang biasa dijual di pasar-pasar ikan dan pasar basah di Malaysia. Ketam bunga berada di laut dalam dan biasanya ditangkap dengan bot besar. Ia merupakan ketam yang berwarna kebiruan dan mempunyai corak berbunga pada cengkerangnya.
Ketam bunga adalah sangat manis dan sedap dimakan. Isinya juga banyak dan pejal menjadikan ia ketam pilihan utama rakyat Malaysia. Cengekerang ketam bunga yang berwarna kebiruan akan berubah menjadi merah apabila dimasak. Kalau anda pandai untuk memilih, anda akan mendapat ketam bunga yang mempunyai telur. Telur ketam bunga yang berwarna oren sangat sedap apabila dimasak.
Ketam nipah adalah lebih kecil berbanding ketam bunga. Warnya coklat terang dan selalu dijumpai di kawasan pokok nipah, seperti namanya. Ketam nipah bukan haiwan dua alam maka ianya adalah halal untuk dimakan. Sepit ketam nipah adalah besar dan dibelakang badannya terdapat sepasang kaki berbentuk leper yang digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Isi ketam nipah mungkin tidak semanis ketam bunga namun ia mempunyai peminat yang tersendiri.
Salah satu khasiat ketam nipah ialah ia mampu mengubati demam denggi. Biasa kita dengar mereka yang mengidap demam denggi digalakkan untuk makan sup ketam nipah, minum air 100 plus dan minum jus betik. Ketiga-tiga yang kami sebutkan ini sememangnya berkesan untuk menghilangkan demam denggi dengan cepat. Jika anda ingin menyediakan sup ketam nipah untuk pesakit denggi, berikut adalah resepinya:
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
Jika anda tidak dapat mencari ketam nipah, anda juga boleh menggunakan ketam jenis lain. Bentuk ketam nipah adalah seakan-akan sama dengan ketam batu menyebabkan ada masanya orang tertukar di antara dua ketam tersebut. Adalah sangat penting untuk kita pandai membezakan di antara ketam nipah dan ketam batu kerana ketam nipah halal dimakan sementara ketam batu pula adalah haram untuk dimakan.
Ketam batu adalah sejenis ketam yang biasa dijumpai di celah-celah batu di sepanjang pesisiran pantai. Ia adalah sejenis ketam yang haram dimakan oleh orang islam memandangkan ia adalah sejenis binatang dua alam. Ketam ini boleh hidup di dalam air dan juga di atas darat.
Ketam batu berwarna coklat seperti ketam nipah namun warnanya adalah lebih gelap. Berbanding ketam nipah, penyepit ketam batu adalah lebih kecil. Jika ketam nipah adalah kecil dari bentuk fizikal, ketam batu pula berbentuk lebar dan mempunyai isi yang padat. Isinya yang padat menyebabkan ketam batu menjadi kegemaran masyarakat cina.
Perbezaan yang paling ketara di antara ketam nipah dan ketam batu ialah bentuk kaki kecik dihujung badannya. Bagi ketam nipah, kakinya yang terakhir adalah leper dan digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Sementara bagi ketam batu, semua kakinya adalah sama. Ia tidak mempunyai kaki khas untuk berenang. Oleh itu, jika anda ragu-ragu sama ada ketam tersebut ialah ketam nipah atau ketam batu, lihat sahaja kakinya. Pasti anda akan mendapat jawapan.
Ini adalah sejenis ketam laut dalam seperti ketam bunga. Bezanya ialah ketam biru berwarna biru dan tidak mempunya corak bunga pada cengkerangnya. Seperti ketam bunga, keta, biru juga mempunyai isi yang sangat manis dan padat. Semasa gerhana bulan, ketam biru akan menjadi sangat besar dan isinye semakin padat. Pada masa ini juga ketam biru akan bertelur.
Ia adalah sejenis ketam yang dijumpai di kawasan pokok bakau. Ia duduk di dalam lumpur dan untuk mencarinya anda perlu mengorek lumpur. Rasa ketam ini agak berlumpur namun jika anda pandai membersihkan dan memasak dengan cara yang betul, rasa ketam bakau adalah sangat sedap.
Ketam lumpur adalah ketam yang boleh dijumpai di kawasan berlumpur seperti muara sungai. Ketam lumpur biasanya banyak dijual di kampung nelayan yang berdekatan dengan muara sungai. Ia biasanya dikutip semasa air sedang surut.
Itulah dia info tentang tips jenis ketam mak-mak perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang jenis cincin jenis sedekah, dan jenis kuali.