Bermula dari sejarah, pakaian diperbuat daripada banyak bahan dan pelbagai jenis kain. Ia terdiri daripada rumput, bulu haiwan dan sebagainya. Bagi sesetengah budaya, orang Arktik Circle telah menghasilkan pakaian mereka sepenuhnya dari bulu dan kulit haiwan. 

Budaya lain pula telah menggantikan kulit dan bulu haiwan dengan pelbagai jenis kain. Kain adalah tenunan atau jahitan yang boleh dibuat dari pelbagai jenis bahan. Bahan tersebut mungkin bersumberkan bahan semulajadi, selulosa ataupun bahan sintetik.

Manusia mempunyai daya cipta yang sangat hebat dalam merancang penyelesaian pakaian mengikut kesesuaian seperti pakaian perlindungan dan lain lagi. Antaranya termasuklah pakaian ruang angkasa, pakaian menyelam, baju renang, pakaian perlindungan penjaga lebah dan sebagainya. 

Namun begitu, ia berbalik kepada jenis kain apa yang diguna pakai oleh mereka.  Jom lihat jenis kain yang sering digunakan satu per satu. 

1.  Kain Sintetik

jenis kain

Imej via [alaf21]

Sumber gentian jenis kain sintetik adalah daripada fosil minyak mentah. Dianggarkan bahawa 65% semua gentian yang digunakan dalam industri fesyen dibuat dari bahan sintetik. Jenis kain ini agak nipis, licin dan kasar.

Antaranya poliester, nilon, akrilik, polipropilena dan elastane. Sekitar 98% daripada semua pembuatan gentian pada masa depan dijangka berada dalam gentian sintetik, 95% daripadanya dijangka menjadi gentian poliester.

2.  Kain Gentian Selulosa / viskos

jenis kain

Imej via [pekaumanindah]

Bahan-bahan ini bermula sebagai selulosa yang diekstrak dari sumber semula jadi seperti buluh atau pokok yang kemudiannya dihancurkan. Selepas itu, ia diubah menjadi gentian menggunakan proses yang sama dengan yang dibuat untuk membuat poliester.

Kain selulosa yang paling biasa adalah viskos dan amat berharga untuk kualiti suteranya iaitu rayon.  Rayon pula merupakan jenis kain fabrik viscos pertama yang dicipta untuk meniru sutera. Jenis kain ini sering dijadikan pakaian, skirt dan lain-lain.

Sekitar 6 juta tan gentian selulosa dihasilkan setiap tahun untuk pasaran tekstil dan ianya bernilai sekitar USD 9.1 bilion. Bahagian ini dijangka berkembang sekitar 8% setahun hingga tahun 2025. Pusat pemprosesan utama selulosa adalah di negara China, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan dan Indonesia.

3.  Kain Sutera

jenis kain

Imej via [fytextil]

Tahukah anda, sutera merupakan jenis kain yang sangat berharga? Sutera berasal dari benang yang dihasilkan oleh spesies ulat sutera iaitu Bombyx Mori. Sekitar 202,000 tan metrik sutera dihasilkan setiap tahun.

Sutera sangat berharga dan harganya sekitar USD 15 sekilogram.  Jenis kain ini menjadikan nilai pengeluaran sutera adalah sekitar USD 3.03 bilion setahun.

4.  Kain Gentian Bast

jenis kain

Imej via [szafaperfekcjonistki]

Gentian Bast seperti flaks (untuk linen) adalah sumber tradisional yang telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun dahulu. Kini, mereka hanya membuat sebahagian kecil daripada jumlah penggunaan jenis kain ini.

Gentian ini terdapat pada lapisan kulit dalam (phloem), dari tumbuhan yang terdapat di antara tengah kayu (xylem) dan lapisan paling luar (epidermis).

Sel-sel phloem yang panjang mesti dipisahkan dari xylem dan epidermis sebelum dirawat lebih lanjut untuk menjadikannya siap untuk ditenun atau dicampurkan dengan fabrik.

Prosesnya sama seperti pembuatan gentian tulen atau campuran dengan gentian lain seperti kapas. Kebanyakan gentian bast digunakan untuk pelbagai produk lain seperti kertas, tali dan permaidani. Namun, jenis kain ini 

5.  Kain Eksperimen

jenis kain

Imej via [decorexpro]

Jenis kain ini adalah kategori gentian dan bahannya yang pelbagai tetapi hanya terdiri daripada sebahagian kecil daripada keseluruhan fabrik yang digunakan.

Kebanyakannya bersifat percubaan atau eksperimen. Contohnya, kain tersebut boleh dibuat dari bahan yang berasal dari cendawan, nenas, jagung atau susu.

6.  Kulit

jenis kain

Imej via [enjoyleather]

Salah satu bentuk bahan tertua yang digunakan oleh manusia sebagai pakaian adalah jenis kain kulit.  Sehingga sekarang, ia tetap menjadi jenis kain yang paling penting terutamanya untuk pembuatan kasut dan aksesori.

Sekitar 3.8 bilion ekor lembu dan kambing digunakan dalam industri pengeluaran kulit setiap tahun. Lebih daripada separuh bekalan bahan mentah kulit dunia berasal dari negara-negara membangun. 

Negara China merupakan pembeli dan pemprosesan dominan bagi bahan industri kulit ini. Perdagangan global dalam industri kulit mentah adalah sekitar USD 30 bilion setahun.

7.  Bulu

jenis kain

Imej via [cellindoputrabusa]

Jenis gentian tradisional dalam penghasilan jenis kain berbulu semestinya adalah dari jenis kain bulu. Jenis kain ini amat penting terutamanya dalam iklim yang lebih sejuk.

Kini, jumlah bekalan bulu semakin sedikit dan berkurangan di bahagian pasaran dunia sekitar 1% setahun. Kira-kira 2 kilogram bulu mentah setiap tahun dihasilkan daripada kira-kira 1.16 bilion ekor biri-biri di seluruh dunia.

Ia termasuklah tekstil bulu yang digunakan untuk barangan selain pakaian seperti perabot, permaidani dan sebagainya.

8.  Kapas

jenis kain

Imej via [mv1.cari]

Salah satu daripada gentian yang digunakan tertua dari tanaman penting di dunia adalah kapas. Sebelum ini, kapas menghasilkan kira-kira 21% daripada semua gentian yang digunakan di seluruh dunia kira-kira 21 juta tan metrik.

Namun, bahagian pasarannya semakin menurun disebabkan persaingan sengit daripada jenis kain alternatif iaitu sintetik.   Pengeluaran kapas sangat penting bagi petani di negara berpendapatan rendah, di mana kira-kira 350 juta orang terlibat dalam penanaman dan pemprosesannya.

Jadi kita seharusnya berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, kita tidak akan mendapatkan pakaian yang sangat selesa daripada kapas. Jenis kain ini sangat lembut dan sedap dipakai.

9.  Chiffon

jenis kain

Imej via [jakel]

Chiffon adalah jenis kain yang lembut dan ringan serta diperbuat daripada sutera, poliester, rayon atau gentian yang lain. Jenis kain ini diperbuat daripada benang filamen yang sangat berpintal. Ia sesuai dijadikan selendang atau tudung memandangkan ia agak ringan dan tidak panas.

10. Lycra

jenis kain

Imej via [borongkainjelita]

Lycra adalah gentian spandeks yang dihasilkan oleh DuPont. Lycra merupakan jenis kain yang sangat ringan dan lembut, tetapi lebih kuat dan lebih tahan lama daripada getah. Lycra digunakan dalam pakaian pemampatan, baju renang, dan pakaian dalam.

Kain lycra kelihatan seperti bergetah dan mengikut bentuk badan. Oleh itu, hanya sesetengah pakaian yang sesuai menggunakan kain jenis lycra ini.

11.  Voile

jenis kain

Imej via [sewingiscool]

Jom kenali juga jenis kain Voile ini. Ia adalah spesis kain chiffon tetapi ia lebih nipis dan lembut.  Digelar chiffon voile, ia sesuai dijadikan tudung atau selendang oleh kaum wanita.

Itulah dia 11 jenis kain yang harus kita kenali bagi memudahkan setiap urusan berkaitan. Jom baca juga Jenis baju kurung, Cara atasi jangkitan kuman pada faraj, Jenis aurat perempuan dan Jenis cincin dalam perkahwinan.

Rujukan

  1.  Types of Fabric A to Z: What You Are Wearing.  https://www.thespruce.com/fabric-glossary-clothes-you-wear-2145791
  2. What Are Our Clothes Made From? https://www.commonobjective.co/article/what-are-our-clothes-made-from
  3. Clothing material.  https://en.wikipedia.org/wiki/Clothing_material#Examples_of_clothing_materials

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.