Setiap ibu bapa akan rasa begitu risau apabila anak terkena demam. Hati rasa tidak tenterm sehingga mahu buat kerja pun tidak fokus kerana asyik teringat-ingatkan anak yang demam. Apabila anak disahkan demam, mulalah ibu bapa beli pelbagai ubat dari klinik untuk sembuhkan anak mereka.

Selepas itu, lihat anak semakin sihat baru hati tenang dan dapat buat kerja semula dengan fokus. Maklumlah anak adalah buah hati setiap ibu bapa, jika anak sakit begitu juga dengan ibu bapa. Masalah tidak berhenti setakat itu sahaja, timbul pula ruam pada badan si anak. Pening kepala ibu bapa memikirkan ruam apa itu.

Tahukah anda, demam mempunyai 4 jenis yang meninggalkan ruam?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.

Jenis-jenis demam meninggalkan ruam pada badan

Kebanyakkan jangkitan virus, akan dimulai dengan demam dahulu, dan berakhir dengan ruam. Contohnya campak (measles), cacar air (chicken pox), roseola dan HFMD. Jom kita berkenalan dengan keempat-empat jangkitan ini dahulu.

1. Campak (Measles)

demam meninggalkan ruam
Image via Facebook

Jangkitan ini adalah jarang dijumpai sebenarnya, disebabkan ianya sudah termasuk dalam vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan dan 12 bulan, yang memberikan 98% pertahanan dari jangkitan ini. Namun kadangkala dijumpai juga.

Kontak pertama anak dengan jangkitan ini boleh terjadi lebih kurang 2 minggu sebelum hari anak muai demam. Dalam masa 2 minggu tersebut, kuman sudah ada dalam badan, namun symptom belum keluar.

Anak akan mulai demam panas, berterusan, dan symptom lain seperti batuk, selsema, kurang selera makan, lemah, dan sakit mata akan muncul sedikit demi sedikit. Waktu ini biasanya ibu bapa akan mulai risau, dan untuk anak yang mempunyai system pertahanan yang rendah, lebih mudah untuk pendapat komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (jangkitan paru-paru) ataupun meningitis (jangkitan selaput otak).

Tugas ibu bapa adalah untuk pastikan anak makan, cukup cecair dalam badan, berikan nutrisi yang boleh meningkatkan system pertahanan tubuhnya, dan sekiranya nampak terlalu lemah, jangan terlambat bawa ke klinik / hospital.

Anak akan sakit dalam masa lebih kurang 10 hari, sehingga akhirnya akan keluar ruam besar dan merah pada badan. Waktu ini biasanya akan akan semakin sembuh, demam semakin kurang.

Setelah habis ruam keluar, ia akan perlahan lahan hilang, dan anak akan kembali sihat seperti biasa. Tempoh masa sakit lebih kurang 2 minggu.

2. Cacar air (chicken pox)

demam meninggalkan ruam
Image via Facebook

Biasanya kontak pertama anak dengan jangkitan ini terjadi lebih kurang 10 – 21 hari sebelum tanda pertama keluar.

Anak akan mulai tidak sedap badan, merengek, dan demam pada 2 hari pertama sebelum ruam keluar. Kemudian diikuti dengan mula ruam berair, biasanya bermula pada dada, belakang, muka, dan akhirnya merebak ke seluruh badan. Demam boleh makin kurang, namun anak mungkin masih kelihatan lemah, dan kurang selera makan. Pastikan anak mendapat air dan makan yang cukup untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Setelah hari ke 4-5, biasanya ruam akan mulai kering. Dan akan membaik dalam masa 1 minggu dari hari pertama timbul symptom.

3. Roseola

demam meninggalkan ruam
Image via Facebook

Ini adalah virus yang biasa dijangkiti anak yang berusia kurang dari 2 tahun. Bermula dengan demam yang tinggi, boleh mencecah 40 darjah selsius. Demam boleh berterusan dan naik turun dalam tempoh 3 – 7 hari. Dalam masa yang sama, anak juga mempunyai symptom batuk, selsema, kurang selera makan, dan juga cirit.

Setelah hari ke 7, dan demam reda, akan mula naik ruam merah kecil di belakang dan depan dada anak. Yang akan bertahan lebih kurang 12 – 24 jam. Pada masa ini anak sudah mula aktif, dan nampak semakin membaik. Ibu bapa sering risau pada masa ruam ini timbul, dan doktor biasanya akan menerangkan bahawa ini adalah tanda bahawa anak akan kembali sihat.

4. Hand foot mouth disease

demam meninggalkan ruam
Image via Facebook

Ini adalah sekumpulan virus yang sering menjangkiti anak anak berusia kurang 5 tahun. Biasanya selepas kontak dengan kuman, 3 – 6 hari seterusnya anak akan kelihatan tidak sihat dan demam pada 2 hari pertama. Setelah itu, akan mulai kelihatan ruam pada hujung jari tangan, kaki, telapak tangan kaki, tepi mulut, ulser dalam mulut, boleh juga ada ruam di punggung dan kelengkang.

Masalah dari HFMD adalah ianya boleh menyebabkan anak tidak mahu makan disebabkan ulser dalam mulut, yang mengakibatkan dehidrasi, juga system pertahanan badan yang semakin lemah. Ruam juga boleh mendapat jangkitan sekiranya tidak dijaga betul ataupun diletakkan bahan yang tidak bersih padanya.

Bagi anak yang system pertahanan badannya kuat, dan tidak mempunyai komplikasi yang lain, ruam biasanya akan berterusan sehingga lebih kurang seminggu dah menghilang. Anak akan kembali sihat seperti biasa.

Selain dari yang 4 ini, banyak lagi jangkitan virus yang akan berakhir dengan ruam, dan akan baik sendiri. Itulah sifat dari virus = self limiting. Sekiranya sudah terjangkit, pantau dan pastikan system pertahanan badan adalah kuat. Namun ada juga keadaan yang mendapat jangkitan sekunder dari bakteria sebelum betul betul sembuh, dan ini harus mendapatkan ubat yang lain.

*Sudah kenalkan 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam pada badan. Jangan risau ruam ini akan hilang jika dijaga dengan baik dan makan ubat mengikut yang dijadualkan. Para ibu bapa tidak perlu lagi pening kepala macam mana mahu hilangkan ruam pada badan si anak kerana ia akan hilang cuma mengambil masa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.