Cuaca yang panas di malaysia membuat tekak kita pening kepala, sakit tekak dan terutama sekali batuk. Batuk membuatkan kita rasa tidak selesa kerana sentiasa batuk tidak kira masa dan tempat. Ia juga membuatkan kita rasa segan di khalayak ramai kerana kerap batukdan risau jika ia boleh memberi kesan terhadap orang sekeliling.
Selain itu, batuk juga membuatkan kita tidak boleh tidur malam. Ya, ia amat menyeksakan kerana tidak dapat tidur yang lena. Bagaimana kita mahu mengubati batuk ini?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai jenis batuk dan rawatan mengubatai batuk. Info ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.
Tahukah anda ada 2 jenis batuk? Mari kita ketahui jenis batuk.
Kahak adalah pekat lendiran yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut, tekak. Kalau kita sihat, lendiran ini ada juga, cuma ia cair. Jika ada iritasi pada mukosa, seperti bendasing, perengsa, atau jangkitan tertentu di kerongkong serta di paru-paru, maka lendiran ini boleh dihasilkan lebih banyak atau lebih pekat dan dipanggil kahak. Kehadiran kahak ini buat tekak tidak selesa, maka tercetus refleks batuk untuk membuangnya.
Ada juga batuk yang tidak berkahak. Seringkali batuk jenis ini disebabkan oleh rasa tekak gatal atau kering. Ini biasanya tanda-tanda jangkitan tekak (laryngitis/pharingitis/tonilitis).
Adakalanya pula batuk kering disebabkan oleh salur pernafasan menjadi sempit, contohnya ketika serangan asma. Selain itu, terdedah kepada habuk, jerebu dan bahan kimia, serta merokok juga boleh sebabkan batuk kering.
Selepas penilaian doktor, ada beberapa jenis ubat yang mungkin diberi oleh doktor, antaranya adalah:
Ubat batuk jenis ini sesuai untuk batuk berkahak. Ia diberi untuk memudahkan kita buang kahak. Mekanismanya sama ada dengan mencairkan kahak, atau menghasilkan batuk yang lebih efektif. Sebab itu ada ubat batuk, lepas kita ambil, rasa macam lebih kahak terhasil.
– Contoh ubat: Mucolix, Bisolvon, Bromhexin
Ini ubat yang sesuai batuk kering. Ubat ini menghambat reflek batuk. Ada dua mekanisma, iaitu menampan reflek batuk di otak, atau di tekak. Oleh kerana ada ubat antitussive yang bertindak di otak, sebahagiannya mempunyai kesan sedatif dan boleh menyebabkan mengantuk.
– Contoh ubat: Copastin, Codeine, Benadryl
Jangkitan pada salur pernafasan boleh menghasil menyebabkan salur pernafasan menyempit seperti reaksi asma, dan mencetuskan batuk. Ubat lelah akan melegakan kesempitan salur pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa, hentikan penghasilan mukosa berlebihan.
-Contoh ubat: Ventolin, Bricanyl
Ada juga ubat lain yang diberi bersama ubat batuk. Di bawah ini adalah kemungkinannya:
Kadangkala, masalah batuk itu bukan dari tekak atau paru-paru, tetapi dari hidung. Ketika kita selsema, hingus boleh mengalir ke belakang(post nasal drip) dan menyebabkan iritasi pada tekak, lantas mencetus refleks batuk. Jika batuk begini, doktor akan beri ubat selsema.
– Contoh ubat: Loratadine, Clarinase, Actifed
Antibiotik akan diberi jika dan hanya jika doktor mengesyaki anda ada jangkitan bakteria pada salur pernafasan atau paru-paru. Jika doktor syak ia jangkitan virus, maka anda tidak perlu antibiotik. Ini kerana antibiotik adalah untuk membunuh bakteria, bukan virus. Untuk bunuh virus perlu ubat antivirus. Namun kebanyakan jangkitan virus boleh pulih sendiri (self limiting) tanpa ubat antivirus.
Biasa dalam bentuk ubat untuk dihisap dan berangin. Ia diberi untuk kurangkan kerengsaan tekak gatal.
-Contoh ubat: Troches
1) Perbanyakkan minum air. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.
2) Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.
3) Elakkan kopi dan minuman beralkohol. Kopi adalah diuretik(penggalak buang air kecil), jadi ia boleh buat anda dehidrasi.
4) Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C, dan madu.
5) Ambil ubat batuk over-the-counter(OTC) yang boleh dibeli di farmasi.
6) Berhenti merokok!
7) Pakai topeng muka untuk elakkan penyebaran jangkitan atau melindung diri daripada habuk/jerubu/asap/bahan kimia.
1) Bila batuk anda tidak berkurang selepas 3 hari. Batuk yang berpanjangan boleh menandakan masalah serius seperti tuberkulosis(TB) serta bronkoetasis.
2) Kahak anda terlalu pekat, banyak dan berubah warna kepada hijau, kuning atau jika kahak anda ada darah. Kena peka dengan warna kahak.
3) Batuk anda kerana sesak dada. Asma, jangkitan paru-paru, paru-paru berair, dan lemah jantung boleh akibatkan sesak dada.
4) Bunyi batuk anda lain daripada biasa. Terutamanya pada kanak-kanak. Bunyi kokol disebabkan Pertusisis. Batuk menyalak (barking) disebabkan oleh Diptheria.
5) Lepas doktor mulakan ubat darah tinggi, batuk pun datang. Ada ubat darah tinggi menyebabkan batuk.
*Kerap batuk memang membuat kita rasa tidak selesa. Jadi, cepat-cepat berjumpa doktor kerana batuk tidak boleh baik dengan sendirinya. Seperti ubat di atas yang telah di nyatakan oleh doktor, kita boleh mendapatkan ubat tersebut di klinik dan hospital yang berdekatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penuh. Boleh baca artikel penuh di sini.