Nota Editor: Perkara ini merupakan antara soalan popular yang sering ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa yang ingin menambah bilangan anak.Jadi di sini kami kongsikan jarak umur anak yang ideal menurut pakar parenting iaitu Ibu Rose.
Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.
Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.
Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.
Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.
Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.
Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.
Namun, ibu bapa yang bijak, akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.
Anak boleh tidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai diantara anda yang melalui pengalaman indah ini. Sharelah pengalaman anda di sini.
Tambahan:-
Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa Penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.
Namun, ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai condom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak.
Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.
Namun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.
Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anank dan kesihatan badan ibu.
Harap maklum