Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar. Walaupun, kesilapan kecil yang kita lakukan, ia boleh memberi impak besar terhadap diri sendiri atau orang lain. Jadi, berhati-hati.
Antara kesilapan yang kerap dilakukan adalah meninggalkan barang di dalam kereta. Ia mungkin kedengaran seperti perkara yang remeh temeh tetapi ia boleh memberi impak besar. Kenapa ia dikatakan kesilapan jika meninggalkan barang di dalam kereta?
Apakah barang yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta?
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai jangan tinggalkan 7 barang di dalam kereta. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
Ada pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70°C.
Ada pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.
Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti ais. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.
Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.
Apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.
Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.
Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.
Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.
Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai, dsb. Apa bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.
Bila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda tanpa anda sedari.
Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.
Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.
Jangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.
Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.
*7 barang ini mungkin anda rasa perkara biasa yang selalu ditinggalkan di dalam kereta. Tetapi, dengar penjelasan doktor ini kenapa tidak boleh tinggalkan barang di dalam kereta. Selepas ini, jangan ambil mudah tentang perkara ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.