Mencari idea cara nak buat jamu homemade?
Wanita yang mementingkan kecantikan tubuh dan wajah pastinya rajin mengamalkan pelbagai usaha untuk mencapai impiannya. Seperti kata orang, untuk menjadi cantik perlukan usaha yang menyakitkan.
Tak perlulah sehingga buat pembedahan plastik atau suntik botoks, kita tetap boleh cantik dengan cara yang paling selamat. Bagi yang menggemari jamu, terdapat banyak jenama di pasaran. Dari yang paling terkenal, sehinggalah yang dihasilkan sendiri.
Kenapa penggunaan jamu begitu penting bagi kaum wanita? Ada yang sudah mengamalkannya dari hari pertama kedatangan haid sehingga sudah menjadi warga emas. Namun begitu, usaha yang memakan masa puluh tahun itu boleh dilihat hasilnya.
Dengan kulit yang mulus dan tegang, sihat tanpa sebarang penyakit, daya ingatan yang kuat dan bentuk tubuh yang masih bergetah. Itulah penangan jamu. Ada yang begitu taksub sehingga menurunkan pelbagai petua berharga kepada anak cucu zaman-berzaman.
Walaupun rasanya mungkin pelik, pahit dan payau, lama-kelamaan kita akan terbiasa. Lebih-lebih lagi, jika ada rakan atau saudara yang menegur perubahan diri kita. Boleh tersenyum panjang sampai ke telinga. Bila sampai dan minta rahsia kecantikan, maksudnya berbaloilah kan?
Disebabkan penangan jamu yang tak pernah lekang dek zaman ni, apa kata penulis berkongsi 11 idea jamu homemade semula jadi yang lebih selamat dari yang dibeli. Jom baca!
Walaupun terdapat pelbagai jenama jamu yang terkenal di luar sana, bukan semua orang rajin membelinya. Kenapa?
Senarai di atas kemungkinan menjadi penghalang untuk anda yang nak mencuba jamu. Bila melihat rakan mempunyai kulit yang cantik dan berbadan langsing, anda pun teringin untuk mencubanya. Namun, anda tak yakin dan tak berani mencubanya.
Jangan risau. Di sini penulis akan kongsikan idea untuk buat jamu homemade menggunakan bahan-bahan semula jadi. Bukan saja bersih, dijamin selamat dan lebih berkhasiat. Malah, duit poket anda juga boleh dijimatkan.
Caranya ialah sebiji telur ayam kampung dicampurkan dengan sedikit madu dan kunyit hidup yang dikisar. Minum setiap bulan ketika datang haid.
Ambil sedikit cekur, halia, serai dan daun herba. Kisar kesemua bahan dengan setengah gelas air kosong. Minum setiap pagi ketika perut masih kosong.
Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus dengan setengah periuk air. Pastikan air hanya tinggal segelas saja selepas dimasak. Minum seminggu 2 atau 3 kali.
Ambil sedikit kunyit hidup, halia, seinci gula melaka, 1 sudu pes asam jawa dan suku sudu kecil serbuk manjakani dan 1 liter air. Air perlu dididihkan dulu, kemudian barulah masukkan semua bahan. Selepas masak, tapis dan masukkan ke dalam botol. Minum dalam 6 sudu besar setiap hari. Bakinya simpan di dalam peti sejuk.
Caranya ialah sediakan 5 biji manjakani, 6 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit halba dan lada hitam. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat dan sebati. Bahan-bahan yang ditumbuk, digentel menjadi bulat dan dikeringkan. Setiap kali badan rasa tak sedap, boleh dimakan 2 biji dengan minum air secukupnya.
Ambil sedikit halia, kunyit, manjakani, bawang putih, habbatussauda, lada hitam dan halba. Sangai seketika bawang putih, halba, habbatussauda dan lada hitam di dalam kuali. Setelah tu, campurkan dengan bahan-bahan yang lain dan dikisar dengan sedikit air.
Buat bentuk bulat-bulat sebesar saiz ibu jari. Makan pada waktu pagi ketika perut kosong dan sebelum tidur.
Ambil halia ikut suka, 5 atau 7 helai daun sirih, cekur, kunyit hidup, temu kunci dan 3 ulas bawang putih. Kisar semua bahan dengan sedikit dan kemudian ditapis. Masukkan ke dalam botol dan sejukkan. Minum sedikit saja setiap hari dan boleh dicampurkan dengan madu.
Sediakan halia, 2 batang serai, 1 sudu kecil halba, 1 sudu kecil bunga cengkih, 1 sudu kecil biji pelaga, 1 sudu kecil bung lawang, 2 batang kayu manis, beberapa helai daun pudina dan 2 sudu besar madu.
Ketuk halia dan serai. Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Akhir sekali, masukkan daun pudina dan rebus dalam 10 minit. Tapis airnya dan masukkan madu.
Ambil 3 inci halia, 3 inci kunyit dan 1 inci temulawak. Kemudian, tumbuk halus semua bahan dan direbus dengan segelas air. Tapis dan minum airnya ketika masih suam-suam panas. Boleh ditambahkan sedikit gula atau madu.
Ambil seinci halia dan tumbuk halus. Campurkan dengan segelas susu. Kemudian, tapis sebelum diminum. Boleh juga dipanaskan seketika susu tersebut dengan halia.
Ambil 20 helai daun sirih, 4 inci temu kunci dan 250 ml air suam. Buang kulit temu kunci dan kisar semua bahan. Perahkan adunan untuk mendapatkan jusnya.
Macam mana? Pasti anda rasa nak cuba mana-mana idea jamu homemade yang dikongsikan ni kan? Selain semuanya ada di dapur rumah saja, kosnya juga jauh lebih murah dan selamat. Ingin penulis nasihatkan di sini, minum air masak banyak-banyak jika sudah mengamalkan jamu.
Jangan lupa mencuba!
Jemput baca juga tentang petua kulit muka glowing cara penjagaan muka dan cara memutihkan kulit muka
*Perkongsian di atas adalah merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mengambarkan pendirian Bidadari.My