Intonasi Bunyi Dan Gaya Dapat Menarik Minat Anak, Ini Tips Dari Pakar
Anak-anak sekarang gemar melihat program di televisyen yang berunsurkan lagu dan tarian. Lebih-lebih lagi kartun yang berbentuk kecil dan comel. Sebagai…

Ringkasan Ringkas
- Gunakan intonasi suara yang menarik dengan memanjangkan sebutan perkataan seperti 'besarnyaa' atau 'tingginyaa' semasa mengeluarkan objek.
- Gabungkan gaya atau aksi fizikal seperti mendepakan tangan atau mengangkat tangan untuk membantu anak memahami konsep objek.
- Perbuatan kecil ini bukan sahaja mendidik anak tetapi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
- Info berkongsi oleh Puan Aishah Kassim, seorang ahli patologi bahasa.
Anak-anak sekarang gemar melihat program di televisyen yang berunsurkan lagu dan tarian. Lebih-lebih lagi kartun yang berbentuk kecil dan comel. Sebagai contoh, “Didi and Friends” dan “omar dan hana”.
Sekarang juga ada siaran televisyen yang sememangnya adalah siaran kartun khas untuk kanak-kanak. Program yang ditayangkan memang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga ke 3 tahun. Program yang ditayangkan adalah berunsurkan lagu dan tarian yang mudah diikuti oleh kanak-kanak.

Image via lifespeaker.ru
Tetapi, kita sebagai ibu bapa takkan mahu mengharapkan program sebegitu sahaja untuk mendidik anak-anak. Kita juga boleh mendidik anak-anak melalui intonasi dan gaya yang menarik seperti di televisyen. Bagaimana?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai intonasi dan gaya dapat menarik minat anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.
Tips cara menggunakan intonasi dengan anak
Berikut adalah tips untuk menggunakan intonasi dengan anak :

Image via majalahpama.my
1) Semasa mengeluarkan sesuatu objek, ibu bapa boleh gunakan intonasi suara yang menarik.
Sebagai contoh :
- ketika mengeluarkan bola, ibu bapa sebut ‘Waahh, BESARNYAA bola ni’.
- ketika lego siap dipasang tinggi-tinggi, boleh sebut ‘TINGGINYAA lego ni’.
2) Ibu bapa boleh guna gaya/aksi
Gaya/aksi dapay membuat anak faham konsep sekiranya objek/permainan itu berkaitan dgn konsep.
Sebagai contoh :
- ibu bapa boleh mendepakan tangan utk menunjukkan bola yg besar tadi.
- ibu bapa boleh angkat tangan tinggi-tinggi untuk tunjuk kepada anak tinggi tu bagaimana.
*Ibu bapa mungkin ini hal remeh temeh, tetapi setiap perbuatan kecil yang kita lakukan akan diikuti oleh anak-anak kita. Selain dapat mendidik anak-anak, kita juga dapat mengenali isi hati anak dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.