Adalah insulin penyebab kanser? Jom ketahui info sebenar tentang insulin.

Adakah insulin penyebab kanser? Ramai yang berpendapat bahawa insulin adalah salah satu penyebab kanser. Oleh yang demikian, ramai yang tidak mahu mengambil insulin kerana takut akan mendapat kanser.

Mari kami kongsikan info dari Dr. Suhazeli Abdullah mengenai insulin.

insulin
Image via Bidadari

Apakah Sifat Insulin?

Selain dari mengawal paras gula dalam badan, insulin juga bersifat mitogenik, iaitu membantu pembentukan normal sel-sel badan. Ianya bukan bersifat mutagenik, pembina sel-sel yang berkembang secara tidak normal sehingga menyebabkan kanser.

Jangan salah-faham dalam istilah ini. Kajian yang lebih berwasit telah pun dilakukan menunjukkan bahawa bukan kehadiran insulin yang menyebabkan kanser, malah suasana darah yang tinggi gula (hiperglisemia, bagi kes kawalan gula tidak terkawal) adalah penyebab kepada meningkatkan risiko kanser terhadap pesakit kencing manis.

Scara umumnya pesakit kencing manis akan mempunyai masalah ketahanan badan yang menurun (uncompromised). Oleh yang demikian tidak terkawalnya paras gula dalam badan seseorang pesakit akan meningkatkan lagi risiko pelbagai penyakit lain. Sebagai contohnya, pesakit kencing manis berisiko dijangkiti kuman Tuberkulosis tiga kali ganda berbanding individu yang normal.

*Selepas mengetahui info sebenar tentang insulin, harap tiada lagi orang ramai yang menganggap insulin ini tidak bagus. Jika kita mengikuti setiap nasihat yang diberi oleh doktor, Insyaallah penyakit kita akan sembuh.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Dapatkan nasihat pakar yang berkaitan mengenai penyakit yang sedang anda hadapi.

Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.