Setiap wanita pastinya akan berasa teruja apabila mengetahui bahawa dirinya hamil. Tak sabar nak kongsikan berita gembira kepada suami.
Pastinya anda juga akan mula mencari ilmu dan maklumat tentang kehamilan sebagai panduan anda melalui tempoh kehamilan selama 36 minggu. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info lengkap ibu hamil termasuk panduan lengkap nutrisi, pantang, dan penyakit.
Pastinya anda tertanya-tanya apakah nutrisi penting yang anda perlukan sepanjang tempoh kehamilan agar memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua khasiat yang diperlukan supaya dapat berkembang dan membesar dengan baik. Berikut adalah di antara nutrisi penting yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung:
Yang sebenarnya anda perlu mula mengambil folik asid seawal 3 bulan sebelum anda mengandung bagi memastikan badan anda mengandungi folate yang lengkap dan bersedia untuk mengandung. Di antara fungsi folate ialah untuk memastikan pembentukan saraf tunjang bayi anda pada peringkat awal kehamilan berjalan dengan baik.
Jika badan anda tidak mempunyai folate yang mencukupi, mungkin saraf tunjang bayi anda tidak akan terbentuk dengan sempurna lalu menyebabkan berlaku kelainan pada bayi anda apabila dilahirkan. Selain pil folik asid, anda juga boleh mendapatkan folik asid dari sumber semulajadi seperti brokoli, almond, avokado, sayuran hijau, dan kekacang.
Zat besi ialah di antara vitamin yang akan diberikan kepada ibu mengandung apabila ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan pra natal. Di antara vitamin yang mengandungi zat besi yang popular di Malaysia ialah Obimin dan Iberet. Pastikan anda makan vitamin yang diberikan kerana zat besi membantu pembentukan darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda.
Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan anda mengalami masalah kekurangan darah atau anemia. Darah yang mencukupi adalah sangat penting bagi memastikan rahim dan plasenta mendapat bekalan darah yang diperlukan. Selain pil zat besi yang diberikan oleh klinik, anda juga boleh mendapatkan zat besi dari sumber semulajadi seperti hati, bayam, tomato, telur, kacang kuda, gajus, sotong, kepad, udang, dan kerangan laut yang lain.
Mungkin selama ni mungkin anda menyangka bahawa vitamin c adalah vitamin untuk kecantikan dan meningkatkan imuniti agar tidak cepat jatuh sakit. Yang sebenarnya, vitamin c juga sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Maksudnya, tanpa pengambilan vitamin c, badan anda tidak akan menyerap zat besi yang diambil dengan sepenuhnya. Rugi kan?
Zat besi yang tidak diserap oleh tubuh badan akan dibuang melalui najis di mana najis anda akan berwarna hitam. Pernah mengalaminya? Ia adalah petanda bahawa badan anda gagal untuk menyerap zat besi dengan baik. Oleh itu, jangan lupa untuk ambil vitamin c sama ada dalam bentuk pil atau juga dari sumber semulajadi seperti oren, kiwi, epal hijau, tomato, pisang, dan bawang putih.
Tahukah anda bahawa vitamin B dikenali sebagai vitamin yang membahagiakan? Ini kerana ia mampu memberikan anda mood yang baik. Sesuai sangat untuk ibu mengandung yang biasanya mengalami masalah mood swing dan sentiasa moody.
Selain itu, B Complex juga membantu perkembangan sel darah merah dalam badan supaya badan anda tidak mengalami masalah kekurangan darah atau anemia yang boleh menjejaskan kandungan. Selain pil B Complex, anda juga boleh mendapatkan B Complex dari sumber semulajadi seperti tuna, avokado, kekacang, roti gandum, salmon, dan daging.
Kalsium adalah sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan baik selain memastikan ibu tidak mengalami masalah reput tulang dan reput gigi. Adalah sangat penting untuk anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan agar anda tidak mempunyai masalah osteoperosis pada masa tua nanti.
Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya sepanjang kehamilan akan memastikan gigi anda tidak cepat luruh menyebabkan anda kerongakan. Selain pil kalsium, di antara sumber semulajadi kalsium ialah susu, kekacang, dan keju.
Orang melayu memang kaya dengan pantang-larang, termasuk semasa mengandung. Di antara pantang-larang ibu mengandung yang paling kerap disebut ialah:
Terdapat pelbagai penyakit yang boleh menjadi komplikasi sepanjang kehamilan dan boleh menjejaskan kandungan anda. Di antaranya ialah:
Itulah dia info ibu mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang darah rendah semasa mengandung, tanda awal mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir.