Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Ikuti 5 Nasihat Dr Pakar Ini Sebelum Menimang Cahaya Mata. PENTING!

MERANCANG KELUARGA. Topik yang hangat diperkatakan masa kini. Kes depresi dikalangan wanita yang sudah berkahwin semakin meningkat disebabkan 'kepenatan'…

AnakDikemas kini 11 Ogos 2018oleh Faz
Gambar pasangan suami isteri bahagia bersama anak kecil sebagai persediaan merancang keluarga

Ringkasan Ringkas

  • Suami isteri perlu memastikan tubuh badan sihat dan jaga pemakanan sebelum menimang cahaya mata.
  • Pastikan kestabilan ekonomi keluarga untuk menampung keperluan bayi dan kos kelahiran.
  • Kesediaan emosi suami, isteri, dan anak-anak penting; idealnya jarak anak adalah 2 tahun setengah dan ke atas.
  • Luangkan masa berkualiti setiap hari untuk mendidik dan bersama keluarga, elakkan anak ramai jika pasangan jarak jauh.
  • Sokongan sosial dari keluarga, rakan dan jiran amat membantu penjagaan anak dan pengurusan cuti bersalin.
  • Komunikasi antara suami isteri adalah kunci utama dalam proses merancang keluarga.

MERANCANG KELUARGA. Topik yang hangat diperkatakan masa kini. Kes depresi dikalangan wanita yang sudah berkahwin semakin meningkat disebabkan ‘kepenatan’ menguruskan rumah tangga dengan anak-anak yang masih kecil. Tambahan lagi, mereka juga turut bersama-sama terpaksa keluar bekerja demi tuntutan ekonomi yang semakin meninggi kini. Ya, penat. Terkejar-kejar dalam segala hal hingga lupa diri turut memerlukan rehat. Lebih penat jika beza umur anak hanya jarak setahun lebih. Lelah hanya Tuhan yg tahu. Disini, suami isteri perlu ada sedikit ilmu untuk merancang keluarga supaya masing-masing tidak merasa beban dengan kehadiran si comel yang tidak tahu lagi erti kehidupan. Memang anak itu rezeki tetapi perlu diingat kita mencari kualiti bukannya kuantiti. Jika kuantitinya banyak tapi tidak mampu membesarkan amanah ini dengan baik, apa agaknya ya yang kita akan jawab di hadapan Maha Esa nanti? Fikir-fikirkanlah. Mari kita ikuti 5 tips persediaan yang perlu difikirkan atau dilakukan oleh setiap pasangan sebelum merancang untuk menimang cahaya mata.

1. Sihat Tubuh Badan

Suami isteri kedua-duanya perlu SIHAT. Si isteri perlu sihat, jaga pemakanan untuk memastikan bayi yang dikandung dapat membesarkan dengan baik. Suami juga perlu sihat untuk menjaga isteri selepas bersalin nanti. Tempoh berpantang adalah waktu yang kritikal untuk si isteri demi memastikan dirinya cukup sihat dan kembali bertenaga. Bantuan suami pada ketika ini adalah amat penting bukan sahaja bantuan fizikal malah bantuan emosi buat si isteri.

Pasangan suami isteri sedang bersenam untuk kesihatan

Imej via layanlubro.com

2. Kestabilan Ekonomi Keluarga

Apabila keluarga bakal bertambah, ekonomi keluarga juga turut berubah. Suami perlu peka hal ini. Saling berbincang dengan isteri. Merancang kewangan terutamanya untuk keperluan bayi, pemeriksaan kandungan isteri dan bil hospital kelak sangat penting. Segalanya perlukan duit. Ya, setiap anak itu ada rezekinya tetapi rezeki tidak jatuh bergolek dari langit. Pastikan kita ada kewangan keluarga yang stabil demi menjaga amanah Allah swt ini nanti dengan baik.

Buku log kewangan dengan kalkulator untuk perancangan keluarga

Imej via /theoppositeofpink.blogspot.com

3. Kesediaan Emosi

Kesediaan emosi bukan hanya emosi isteri sahaja tetapi kena ambil tahu juga kesediaan emosi suami dan anak yang lain. Emosi anak terutamanya anak sulung yang masih kecil. Menurut Dr Harlina, tempoh ideal untuk abang sulung menerima ‘adik baru’ ialah dalam tempoh 2 tahun setengah dan ke atas. Dalam Al Quran juga telah menggariskan bahawa susukanlah anakmu sehingga umur 2 tahun. Perkara ini juga sangat berkait rapat dengan keperluan emosi anak yang masih kecil. Masih memerlukan perhatian dari ibu dan ayahnya. Tempoh untuk merancang keluarga perlu persefahaman antara satu sama lain. Tidak boleh seorang nak anak, seorang lagi tak nak. Nanti jika ‘termengandung’, emosi pula memasing😁.

Wanita sedang merenung dengan tenang mencerminkan emosi

Imej via majalahpama.my

4. Keluangan Masa

Masa khusus untuk keluarga mesti perlu ada setiap hari. Masa untuk mendidik, bergurau, beramah mesra bersama keluarga. Didikan yang sebaiknya adalah didikan dari rumah itu sendiri. Ibu bapa adalah contoh teladan buat anak-anak di rumah. Wujudkan keluarga sunnah yang mawaddah wa rahmah. Dr Harlina juga menasihatkan jika ada pasangan yang masih dalam perhubungan jarak jauh, sebaiknya elakkan anak yang ramai kerana tugasan mendidik itu pasti mencabar jika hanya dibahu salah seorang pasangan sahaja bukan?.

Jam dan buku cerita kanak-kanak di atas sofa

Imej via glam.my

5. Sokongan Sosial

Apa itu sokongan sosial?. Keluarga, rakan tempat kerja dan jiran inilah yang merujuk kepada sokongan sosial. Isteri pasti ada cuti bersalin dalam tempoh yang lama. Suami juga pasti kena bercuti untuk menjaga anak dan isteri. Belum lagi jika terpaksa mengambil cuti kecemasan jika anak sakit. Sokongan sosial ketika ini amat diperlukan demi memastikan anak dapat dijaga dan dibesarkan dengan baik.

Kumpulan ibu berkumpul memberi sokongan sosial

Imej via www.monstergulf.com

Pokok pangkalnya, komunikasi antara suami isteri sangat penting dalam proses merancang keluarga ini. Tidak boleh pentingkan diri. Jika pasangan tidak mahu anak, masih ingin berehat. Hormatilah keputusannya. Mungkin ada beberapa perkara yang masih beliau tidak bersedia. Jangan pula cakap beliau menolak rezeki Tuhan ya😁. Selamat membina keluarga yang bahagia!     Sumber: Perkongsian Amirah Nazaruddin di laman facebook milik beliau.