Ikan siakap merupakan ikan yang digemari ramai. Isinya yang banyak, padat dan lemak manis sangat sesuai dijadikan menu istimewa buat keluarga. Ikan siakap sesuai dimasak untuk pelbagai menu seperti masak pedas, 3 rasa, stim, gulai, dibakar mahupun digoreng.
Ikan siakap sangat mudah didapati di pasar sebagai bahan-bahan mentah kerana ikan ini mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat tempatan. Jika kita makan di restoran, harganya mencecah puluhan ringgit bagi seekor ikan bergantung pada saiz dan berat ikan. Jika dibeli sendiri di pasar atau di pasar raya, harganya jauh lebih murah yang kadang-kadang tak sampai pun RM10 ringgit. Sungguh jimat bukan?
Menu lazim dan menjadi pilihan untuk ikan siakap adalah masakan 3 rasa. Ikan siakap 3 rasa sangat sedap dimakan di segenap lapisan umur kerana kuahnya melengkapi semua rasa manis, masam, masin dan boleh diubah tahap kepedasan mengikut kesesuaian masing-masing yang tidak menjejaskan rasanya pun.
Jadi, kali ini kami kongsikan satu resepi yang telah diupload oleh saudari Afy Al Habibi di Facebook. Ikan siakap 3 rasa yang dikongsi beliau ini cukup memukau beraurora sekali! Jom kita mencubanya.
Ikan siakap yang dibelah ala fillet (lebih rangup dan sedap)
Bahan perapan ikan (ditumbuk):
– 2 hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam
Bahan lain untuk ikan:
¾ sb tepung jagung
Bahan kuah 3 rasa (dipotong):
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu
Bahan kuah 3 rasa (dikisar):
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Bahan lain untuk kuah 3 rasa:
-1 ½ senduk cili kering kisar
– 1 senduk cili sos Life
– 1 sb sos tiram
– ¾ gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air)
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal
1. Perapkan ikan siakap dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang setengah jam
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan menjadikan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak
4. Setelah garing di kedua-dua belah, angkat dan toskan. Letak tepi.
5. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan siakap tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life dan 1 sudu besar sos tiram.
9. Masukkan air asam jawa dan kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
11. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
12. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng tadi.
13. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.
Selain resepi Ikan masak 3 rasa yang beraurora ini, kami juga banyak memaparkan koleksi resepi-resepi lain di laman blog kami ini. Dijemput untuk mencuba kesemua resepi-resepi kami ini. Dan jangan lupa untuk tekan LIKE dan SHARE ya!