Semestinya kita tahu kebaikan meminum jus, terutamanya di waktu pagi. Selain dari enak, ia juga memberi seribu khasiat pada kesihatan anda. Di sini kami kongsikan idea gabungan jus serta kebaikannya pada tubuh anda.
Takkan hari-hari nak minum jus tembikai dan fresh orange di restoran-restoran yang sudah semestinya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buat di rumah lebih mudah, kan? Tahap kebersihannya lebih diyakini.
Berikut ialah idea gabungan jus buah-buahan yang boleh dicuba di rumah beserta khasiat kesihatan yang telah dibuktikan menurut kajian saintifik:
Mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh dan menyembuhkan masalah sakit perut serta sakit kepala.
Menurut kajian lepas, epal, timun dan seleri mengandungi triterpenoid yang berfungsi sebagai agen antikanser.
Kajian saintis di New York pada tahun 2007 melaporkan keberkesanan buah epal dalam merencat pertumbuhan kanser hati, payu dara dan kolon. Kajian tahun 2016 dan 2006 pula masing-masing menunjukkan kesan timun dan daun selero yang positif ke atas perencatan pertumbuhan kanser hati.
Dengan kandungan antioksidan yang tinggi khususnya flavonoid, gabungan tiga jenis bahan ini memberikan jus yang kaya dengan khasiat kesihatan untuk membaiki sistem fisiologi tubuh.
Memperbaiki masalah kulit dan menyelesaikan masalah nafas berbau.
Warna merah dan terang pada tomato, lobak merah dan epal adalah antaranya disebabkan kehadiran anthocyanin dan karotenoid. Kedua-dua bahan ini dilaporkan oleh Eindbond dan rakan-rakan pada tahun 2004 dalam jurnal berprestij Food Chemistry untuk memberikan sifat antioksidan dan antipenuaan yang sangat baik.
Gabungan lobak merah, halia dan epal mampu meningkatkan kadar metabolisma dan membersihkan sistem tubuh badan anda.
Malah, tambah menarik, penyelidikan bersama antara saintis di Itali dan Portugal berjaya menghasilkan filem yang mengandungi ekstrak buah-buahan tersebut dalam bentuk filem aktif.
Filem aktif dengan antioksidan yang tinggi daripada buah-buahan tersebut sangat bermanfaat untuk memanjangkan tempoh pembungkusan apabila aktiviti antioksidan yang tinggi boleh menyingkirkan serangan radikal luar.
Untuk menghilangkan garam berlebihan dalam badan dan memperbaiki sistem pundi kencing dan buah pinggang.
Khasiat ini dimanfaatkan daripada sifat antihipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi) dan diuretik (penyingkiran garam daripada badan melalui air kencing) yang dimiliki oleh nanas, epal dan tembikai.
Gabungan jus epal, timun dan kiwi mampu membantu memperbaiki masalah kulit.
Secara saintifiknya, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan Sains Amerika Syarikat pada tahun 2012 melaporkan bahawa buah-buahan tersebut mengandungi sebatian flavonol istimewa yang dikenali sebagai fisetin.
Selain memberi aktiviti antioksidan yang baik bagi membaiki masalah kulit, fisetin sememangnya terbukti berkeupayaan melawan pertumbuhan kanser prostat, pankreas dan paru-paru.
Mengawal kandungan gula dalam darah.
Berdasarkan Laporan Hortikultur Inovasi Australia pada tahun 2015 yang disediakan oleh Dr Nathan O’Callaghan, banyak kajian lepas yang menggabungkan buah pear dan epal dalam melihat kesannya ke atas kandungan gula dalam darah.
Tambahan pula, dengan nilai indeks glisemik yang rendah bagi kedua-dua buah tersebut, kawalan gula dalam darah akan menjadi lebih muda. Kandungan asid fenolik yang tinggi dalam pear dan epal dipercayai membantu kesan antidiabetes yang berkesan.
Kaya dengan vitamin C, vitamin B2 dan meningkatkan aktiviti sel serta menguatkan daya ketahanan badan.
Selain itu, menurut penyelidik dari Australia pada tahun 2010, pengambilan buah-buahan ini membantu sistem penghadaman dan penjagaan pencernaan yang lebih baik melalui khasiat serat yang tinggi.
Kaya dengan vitamin C, E dan zat besi. Memperbaiki masalah komplikasi kulit dan meningkatkan metabolisma badan.
Selain dalam bentuk jus, kombinasi ini telah dipersembahkan dalam bentuk jem betik + jem nanas + susu tepung oleh para penyelidik dari India yang menerbitkan hasil kajian mereka di Food Science Research Journal pada tahun 2017.
Gabungan ini menghimpunkan antioksidan dan serat yang tinggi dalam betik dan nanas beserta kalsium dan protein yang tinggi dalam susu. Ternyata, kombinasi yang sungguh memmberi banyak khasiat!
Lebih kurang dengan kombinasi jus sebelum ini, gabungan pisang + nanas dan susu terbukti kaya dengan vitamin dan nutrisi.
Hasil jus ini turut menghindarkan dari sembelit dengan kandungan serat yang tinggi dalam pisang, nanas dan susu.
Gabungan jus buah-buahan ini seperti minuman punch yang banyak dihidangkan di majlis koktail, bukan?
Seawal tahun 1980, formulasi penghasilan jus daripada kombinasi 3 buah ini telah dilakukan dan diterbitkan di jurnal saintifik, Journal of Food Science.
Gabungan nutrisi seperti antioksidan, vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah-buahan tersebut tanpa penggunaan atau penambahan gula tambahan, menjadikan jus ini sangat perlu dicuba di rumah!
Jus buah yang disediakan sendiri ternyata memberi banyak khasiat kesihatan berdasarkan kajian-kajian lepas. Gabungan buah-buahan ini terserah kepada anda yang ingin mengamalkannya, bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Sesungguhnya, kita amat bertuah kerana dikelilingi oleh sumber alam yang mudah didapati dan murah serta memberikan khasiat kebaikan yang terbaik.
Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.