Pada musim Covid19 ini, kerajaan telah umumkan bahaya semua sekolah perlu ditutup sementara keadaan kembali pulih. Anak-anak kecil yang baru bersekolah pasti akan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa, bukan? Waktu ini lah mereka akan mula bermain tanpa henti dan menonton katun di TV atau gadjet.
Pada mulanya, ia hanya sekadar untuk mengisi masa lapang anak-anak tetapi jika tidak dipantau akan ada kesan negatifnya. Ibu bapa mungkin sibuk untuk membuat kerja lain sehinggakan tidak perasan anak-anak sedang membuat apa. Sangat berbahaya. Maka ibu bapa perlu pantau anak 6 perkara ini. Apakah ia?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 perkara yang ibu bapa perlu pantau anak dan jadual tidur anak yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
– Main game bukannya 100% salah sebab kadang kadang game boleh bantu tingkatkan ‘problem-solving skills’ dan ‘creative thinking’ anak kita
– cuma yang bahaya kalau ianya sampai membuatkan anak kita ketagihan ( internet gaming disorder ) akibat daripada tak ada limit dan pantauan langsung
– mengikut kajian ada hubungan yang sangat kuat antara masalah kegemukan ( obesity ) pada kanak kanak dengan pendedahan berlebihan pada skrin termasuklah TV, game, media sosial, tab dan lain lain
– ikut kajian, ni 3 cara macam mana pendedahan berlebihan pada skrin boleh buatkan anak kita jadi gemuk melampau :
– Gadget ni kalau tak dipantau memang bahaya sebab takutnya melebihi had Screen-Time yang dibenarkan
– Cuba tengok anak kita ikut ke tak panduan Screen Time yang dikeluarkan oleh American Academy of Paediatric ni
< 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali-sekala video-chatting dengan keluarga
18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada ibu bapa
2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah.
6 tahun ke atas : Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka
– Kalau tak dipantau social media anak anak kita, memang adab dan social skills anak anak kita akan kelaut
– itulah kenapa mak ayah kena ajar anak anak tentang Digital Etiquette. Digital Etiquette ni adalah bagaimana kita nak anak kita layan orang di media sosial sama seperti mereka layan orang yang mereka jumpa di alam realiti
– Sedentary lifestyle ataupun biasa juga dipanggil sebagai Sitting Disease adalah bila kita lebih banyak duduk dan tak banyak buat aktiviti fizikal sangat. Biasanya benda ni dialami oleh orang dewasa
– Cuma sekarang benda ni banyak kena pada anak anak kecil pula sebab mereka terlalu banyak mengadap game dan TV
– Selain daripada kegemukan melampau, yang kita takut kalau anak anak kita dah hilang ‘desire’ ataupun kemahuan untuk bersenam. Itu yang paling bahaya sebenarnya. Aduh!
– Sedihnya bila ramai mak mak mengadu pada saya ramai anak anak mereka jadual tidurnya dah terbalik sejak PKP ni
– Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam. Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit sehari pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita
*Berikut adalah 6 perkara yang ibu bapa perlu pantau anak-anak, lebih-lebih lagi di musim covid19 ini. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup. Cuba lakukan jadual tidur di atas dan didik mereka untuk tidak bermain gadjet selepas maghrib kerana itu adalah masa untuk keluarga.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.