Husnuzon merupakan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud sangka baik. Berbaik sangka bukan sahaja satu perbuatan yang baik, malah ia sangat dituntut dalam Islam.

Dengan amalan sangka baik, kita dapat mengelakkan daripada menuduh orang lain melakukan kejahatan atau keburukan dan dapat mengelakkan terjadinya fitnah.

Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ   وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya, “Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?” (Surah al-Hujurat, Ayat 12)

Dari dalil ini, kita dapat ketahui bahawa, Allah tegas menyuruh hambaNya agar menjauhi buruk sangka, kerana sebahagian sangka buruk itu adalah dosa.

Umar al-Khattab ra telah berkata,

لا تظن بكلمة خرجت من أخيك المؤمن شرًّا، وأنت تجد لها في الخير محملاً

Maksudnya, “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimat yang keluar daripada seorang saudara mukminmu (sangkaan) keburukan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Sangkaan ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, curiga, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap persepsi menjadi fakta. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan dan syak.

Selagi mana kita tidak mempunya bukti yang kukuh, elakkan daripada kita berburuk sangka kepada orang lain. Ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah swt:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

Maksudnya, “Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota‐anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Surah al‐Isra, Ayat 36)

Bersangka baik bukan sahaja bagus untuk kita menjaga hubungan sesama manusia, tetapi juga menjaga hubungan kita selaku hamba dengan Allah swt.

 

Husnuzon Sesama Manusia

Islam mementingkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Bersangka baik sesama manusia akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesame manusia.

Kita akan hidup dalam aman harmoni dan sentiasa menganggap bahawa orang lain adalah lebih baik daripada. Tidak aka nada sekelumat perasaan benci sesame manusia jika kita sentiasa bersangka baik kepada orang lain.

positif

Imej via meldyiam

Sheikh Abdul Kadir al-Jailani berpesan supaya kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa bersikap berbaik sangka terhadap sesama insan. Beliau memberi empat nasihat kepada kita.

Pertama, jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinlah dia lebih baik darimu. Maka ucapkan dalam hatimu: “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku.”

Kedua, jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu: “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku sudah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

Ketiga, jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia sudah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripadaku.”

Keempat, jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

hati-hati

Imej via oukas

Bersangka baik sesama manusia adalah sangat mulia berbanding bersangka buruk. Namun, sangka baik ini harus diimbangi dengan sikap berhati-hati. Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam berbaik sangka.

Kita berbaik sangka tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati serta dieksploitasi oleh musuh atau orang yang ingin mengambil kesempatan di atas sikap baik sangka kita.

Malah, kita juga tidak boleh bersangka baik terhadap kemungkaran yang memang nyata dan sudah terbukti berlaku. Sebagai contoh, jika kita melihat seorang peragut mencuri beg tangan seorang wanita di hadapan kita, kita tidak boleh bersangka baik, peragut itu mungkin tiada duit untuk makan.

Oleh sebab itu, dia mencuri untuk membeli makanan. Sangka baik seperti ini adalah tidak wajar. Apabila kita melihat kemungkaran di hadapan mata kita, maka kita perlu mencegahnya.

cegah kemungkaran

Imej via rumahsejutagambar

Dari Abu Said al-Khudri ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Maksudnya, “Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

Husnuzon Kepada Allah SWT

Sesama manusiapun kita sudah dianjurkan untuk bersangka baik, inikan pula dengan Allah swt, Tuhan Yang Menciptakan kita. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya. Oleh sebab itu, bersangka baik kepada Allah swt adalah sangat perlu bagi kita seorang hamba yang lemah lagi hina.

Di dalam sebuah hadis Qudsi, dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Nabi saw bersabda, Allah swt berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

Maksudnya, “Aku sesuai dengan persangkaan hamba padaKu” (Muttafaqun ‘alaih)

Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzon pada Allah dan memiliki sikap bergantung harap kepada Allah swt.

Berdasarkan hadis di atas, al-Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahwa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hambaNya bertaubat. Allah akan mengabulkan doa jika hambaNya meminta. Allah akan beri kecukupan jika hambaNya meminta kecukupan. Ulama lainnya berkata maknanya adalah berharap pada Allah dan meminta keampunannya.” (Syarah Muslim, 17:2)

sangka baik

Imej via fahrizalmukhdar

Jabir ra berkata bahawa dia pernah mendengar sabda Rasulullah saw saat tiga hari sebelum Baginda wafat,

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Maksudnya, “Janganlah salah seorang di antara kalian mati melainkan ia harus berhusnuzon pada Allah.” (HR Muslim)

Kita hidup di dunia ini untuk diuji, sama ada keimanan kita teguh kepada Allah swt atau sebaliknya. Firman Allah swt,

احسب الناس ان يتركوا ان يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون.  ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين

Maksudnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut, Ayat 2-3)

jangan sangka buruk pada Allah

Imej via muslim

Kadang-kadang kita merasakan, ujian yang kita hadapi terlalu berat, sehingga mungkin terdetik di hati kenapa kita yang perlu menghadapi ujian ini? Kenapa orang lain tidak diuji sebagaimana kita yang diuji dengan ujian yang berat. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah menguji kerana Allah tahu kita kuat untuk menghadapi ujian itu. Seperti firman Allah swt,

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

Maksudnya, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, Ayat 286)

Kerana husnuzon kepada Allah swt, kita diajarkan untuk berdoa dan bergantung harap hanya kepada Allah swt. Ketika kita berdoa kepada Allah, kita harus yakin bahawa doa kita akan dikabulkan. Kita juga harus tahu bahawasanya doa itu begitu makbul jika seseorang berhusnuzon kepada Allah swt.

Allah swt berfirman,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya, “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Surah Mu’min, Ayat 60)

Allah berfirman lagi,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya, “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, Ayat 186)

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

Maksudnya, “Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah Taala selain doa.” (HR at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Jika seseorang berdoa dalam keadaan yakin doanya akan terkabul, Nabi saw bersabda,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Maksudnya, “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR at-Tirmizi)

doa belum terkabul

Imej via fotodakwah

Jika doa kita masih belum termakbul, maka yakinlah bahawa Allah akan berikan yang terbaik buat kita. Yakinlah bahawa Allah beri apa yang kita perlukan, bukan sekadar apa yang kita mahu. Seperti mana dalam hadis Nabi saw, dari Abu Sa’id, Nabi saw bersabda,

ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

Maksudnya, “Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahim, melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: (1) Allah akan segera mengabulkan doanya di dunia, atau (2) Allah akan menyimpan dan memakbulkannya di akhirat kelak, dan (3) Allah akan menghindarkan darinya keburukan yang semisal.”

Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi saw lantas berkata, “Allah juga akan memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.” (HR. Ahmad)

Ibnu Rajab dalam Jami’ul ‘Ulum wal Hikam berkata,

فالإلحاحُ بالدعاء بالمغفرة مع رجاء الله تعالى موجبٌ للمغفرة

Maksudnya, “Terus meminta dengan doa dan memohon ampunan Allah disertai rasa penuh harap padaNya, adalah jalan mudah mendapatkan keampunan.”

Kesimpulan

Sifat husnuzon perlu dipupuk dalam diri setiap daripada kita. Bukan sahaja bersangka baik kepada sesame manusia, tetapi juga bersangka baik kepada Allah swt. Namun begitu, dalam pada kita bersangka baik kepada manusia, ia harus diimbangi dengan perasaan hati-hati agar kebaikan kita tidak dieksploitasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan.

Bersangka baik kepada manusia dapat mengelakkan terjadinya fitnah. Manakala, bersangka baik kepada Allah membuatkan kita sentiasa meletakkan pergantungan hidup kepada Allah swt semata-mata.

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Husnuzon yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

 

Rujukan:

  1. IIUM
  2. Aku Islam
  3. Rumaysho
  4. Ensiklopedia Dakwah
  5. Berita Harian

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.