Anda sedang merancang untuk bercuti di Kundasang? Jom kami kongsikan 10 homestay di Kundasang yang sesuai untuk berbulan madu atau datang bersama keluarga.

Sumber: Ramaramaholidays

1. Mesilou Sweet Guesthouse

Homestay ini terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah, Malaysia. Kampung Mesilou adalah di antara lokasi penginapan yang paling popular di Kundasang. Ada banyak homestay di perkampungan ini. Ini kerana ia mempunyai latar belakang pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik. Terutama sekali apabila cuaca berada dalam keadaan yang baik dengan langit yang cerah.

Homestay ini adalah di antara yang paling menarik di sana dengan lokasinya yang berhampiran dengan ladang Strawberi dan sungai yang segar. Sambal berehat menikmati keindahan Gunung Kinabalu, anda boleh luangkan masa untuk melawat lading strawberi dan bermain air di sungai tersebut.

Dengan keluasan 1104 kaki persegi, Mesilou Sweet Guesthouse menawarkan 4 bilik peribadi. Oleh kerana Cuma terdapat 4 bilik untuk disewa di sini, anda akan mendapat privasi dan ketenangan. Berbanding homestay besar dengan tetamu yang ramai. Jika anda suka berbarbeku, set barbeku juga ada disediakan untuk anda gunakan secara percuma. Seronok berbarbeku dalam kedinginan malam.

2. Mesilau Mountain Retreats

Homestay kedua yang ingin kami kongsikan ialah Mesilou Mountain Retreats yang terletak di perkampungan yang sama seperti homestay pertama tadi. Homestay ini juga menjadi pilihan ramai pengunjung yang bercuti ke Kundasang kerana pemandangannya yang memukau serta keindahan bunga-bungaan di sekeliling homestay tersebut.

Homestay ini juga menyediakan pemandangan matahari terbit dengan berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang memukau. Pastinya anda tidak akan mendapat pemandangan sehebat ini di tempat lain. Lokasi homestay ini adalah lebih kurang 11 kilometer dari Gunung Kinabalu, jadi jika anda merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu, ia juga boleh menjadi pilihan anda.

3. Wind Valley Farmstay

Homestay seterusnya yang ingin kami kongsikan ialah Wind Valley Farmstay. Apa yang menarik tentang homestay ini ialah ia menawarkan bilik penginapan dengan balkoni. Bolehlah anda berehat di balkoni sambal menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau, terutamanya pada awal pagi dengan kabus yang nyaman. Homestay ini terletak di kedudukan yang baik di mana Desa Cattle Dairy Farm hanya terletak lebih kurang 8 kilometer saja sementara Kundasang War Memorial pula kira-kira 11.6 kilometer. Tak perlulah anda berjalan jauh untuk melawat Kawasan menarik tersebut.

4. Blossom Hut

Blossom Hut adalah satu lagi homestay yang wajib anda cuba menginap jika bercuti di Kundasang. Homestay ini sedikit berbeza kerana rumahnya dibina dengan senibina Jepun. Menginap di sini akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang bercuti di Jepun. Nak-nak lagi dengan suasana yang sejuk  dan dingin. Sesekali bercuti, apa salahnya pilih homestay dengan suasana yang berlainan sebagai kenangan? Pastinya gambar-gambar yang anda kongsikan di media sosial akan kelihatan cantik dan lain dari yang lain.

5. Ren – Hana Kampungstay Kundasang

Homestay di Kundasang yang seterusnya ialah Ren-Hana Kampungstay Kundasang. Homestay ini agak berbeza dari yang lain kerana kelengkapan yang disediakan. Jika anda jenis yang suka memasak semasa bercuti, ini adalah homestay yang terbaik untuk anda memandangkan ia menyediakan ruang memasak dengan peralatan memasak yang lengkap. Terasa nak berbabeku? Ada juga set barbeku yang disediakan di sini.

Sumber: Agoda

6. Saujana Homestay

Homestay ini menyediakan pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik, seluas mata memandang. Harga biliknya juga agak murah iaitu bermula dari RM200.00 untuk satu malam. Selain itu, terdapat juga peralatan memasak yang disediakan di sini. Ada juga disediakan kemudahan seterika baju dan mesin basuh. Maka anda tak perlu bawa baju yang banyak semasa bercuti di Kundasang. Gunakan saja kemudahan yang disediakan.

7. Twin’s Cottage & Campsite

Twin’s Cottage & Campsite adalah homestay yang menyediakan bilik untuk penginapan dan juga tapak berkhemah, istimewa buat mereka yang suka berkhemah Bersama keluarga atau kawan-kawan. Rumah penginapan di sini adalah sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada kayu. Bila kali terkahir anda tidur di dalam rumah kayu? Tapak perkhemahan yang disediakan juga adalah sangat selesa dengan kemudahan yang lengkap. Apa yang paling penting, tandasnya berada dalam keadaan yang baik. Ruang barbeku juga ada disediakan untuk kegunaan anda.

8. Slagon Homestay

Jika anda mencari penginapan bajet dengan harga murah, Slagon Homestay adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia menawarkan bilik penginapan dengan harga serendah RM90 sahaja untuk satu malam, iaitu harga yang sangat murah untuk Kundasang. Sudahlah murah, sarapan pagi juga disediakan. Apa yang lebih menarik, terdapat sungai yang mengalir di bawah bilik anda. Pastinya menarik untuk anda beristirehat menikmati cuaca yang sejuk dengan pemandangan yang indah sambil menikmati bunyi sungai yang mengalir.

9. Sabah Tea Garden

Jika anda inginkan pengalaman yang berbeza semasa bercuti di Kundasang, apa kata anda pilih Sabah Tea Garden sebagai penginapan anda? Apa yang istimewa di sini? Pemandangannya. Dari bilik, anda dapat melihat pemandangan ladang the seluas mata memandang dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang berdiri gagah. Betapa indahnya pemandangan di sini, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Anda boleh berjalan-jalan di ladang the tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam berlatar belakangkan Gunung Kinabalu di Restoran Sabah Tea Garden. Di restoran ini juga anda boleh merasa pelbagai jenis teh dengan perisa yang berlainan keluaran Sabah Tea. Jangan lupa untuk beli sedikit sebagai kenangan dan ole-ole buat yang tersayang.

10. Yayaki Homestay

Homestay di Kundasang yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Yayaki Homestay. Homestay ini terletak kira-kira 10 minit dari Pekan Ranau dan itu bermakna anda berada dalam jarak yang sangat dekat dengan beberapa tarikan utama di Kundasang seperti:

  • Sabah Tea
  • Sabah Tea
  • Tagal Luanti Fish Massage
  • Tamu Ranau
  • Desa Dairy Farm Kundasang
  •  Taman Negara Kinabalu
Sumber: Siraplimau

Itulah dia 10 homestay di Kundasang yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang homestay di Kedah dan homestay di Cameron Highlands.

Sumber: Booking.com

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.