Kulit mulus merupakan idaman setiap insan bukan hanya para gadis malah turut menjadi impian lelaki. Jangan salah faham ye, kulit mulus bukanlah bererti kulit yang putih semata-mata tetapi kulit mulus adalah kulit yang sihat dan bebas cela seperti jerawat serta jeragat. Kami akan kongsikan tips untuk hilangkan parut jerawat.
Jerawat mampu membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan sukar unttuk berhadapan dengan orang disekeliling. Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah jerawat,pasti anda tahu tidak mudah untuk mengatasi masalah jerawat .
Walaupun jerawat sudah tiada, namun usaha perlu diteruskan untuk menghilangkan parut jerawat. Siapa tak nak kulit mulus dan sihat kan.
Kami akan kongsikan tips yang selamat dan murah. Anda tidak perlukan bahan yang mahal hanya capai apa sahaja yang ada didapur.
Tapi jangan lupa minta izin mak dulu, nanti mak nak guna untuk masakan dah habis pula.
Aloe vera atau juga dikenali sebagai daun lidah buaya telah digunakan sejak 1550 SM oleh orang Mesir Papyrus sebagai bahan penting dalam perubatan dan kosmetik.
Aloe vera atau juga dikenali sebagai lidah buaya merupakan ubatan tradisional yang digunakan untuk melegakan luka, ruam dan gatal-gatal kulit.
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa aloe vera mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Vitamin A dan vitamin E di dalam aloe vera sangat baik untuk proses menghilangkan parut jerawat.
Masker lidah buaya
Potong aloe vera dan dapatkan lendirnya. Sapukan lendit tersebut pada parut jerawat, biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit kemudian cuci air dengan air suam .
Amalkan masker ini sekurang-kurangnya sekali seminggu namun sekiranya mempunyai banyak sumber aloe vera boleh diamalkan dengan lebih kerap.
Pastikan anda sudah membasuh dengan teliti dan dan membuang lender yang berwarna kuning kerana lendir berwarna kuning itu bersifat racun.
Madu bersifat antiseptik yang dapat menghalang pembiakan bakteria yang akan menghasilkan jerawat. Ia juga dapat membantu menyembuhkan parut jerawat. Madu asli terkenal dengan memberikan semula jadi pada kulit anda.
Cara membuat masker madu asli adalah;
Ambil madu asli dan sapu pada bahagian parut jerawat, biarkan selama 15 minit . Kemudian anda bilas dengan air bersih. Masker ini boleh dipakai seminggu dua kali atau untuk hasil yang lebih cepat, pakai masker madu setiap dua malam.
Timun dilengkapi dengan vitamin A , C dan magnesium yang mampu memudarkan parut jerawat. Sifat timun yang berair dan sejuk akan melegakan rengsa yang dirasakan pada kulit wajah akibat bakteria jerawat.
Ada dua kaedah penggunaan timun;
Blend halus timun bersama sedikit air . Tapis dan ambil jus timun letakkan di dalam botol spray.
Jus timun boleh digunakan sebagai “face mist” atau toner.
Manakala hampas timun tadi jangan dibuang, campurkan dengan bedak sejuk dan dah siap untuk digunakan sebagai masker.
Masker timun boleh dipakai sebelum tidur untuk mendapaatkan hasil yang baik pada kulit wajah.
Siapa yang tak kenal asam jawa? Saya yakin didapur anda sekurang-kurangnya ada asam jawa untuk digunakan dalam masakan harian.
Selain dapat menambah keenakan dalam masakan, asam jawa juga boleh digunakan sebagai ramuan untuk mengatasi masalah kesihatan seperti sakit tekak dan memudarkan parut jerawat.
Campurkan asam jawa dengan air masak , bancuhan masker asam jawa tidak terlalu cair. Ia mesti dalam kepekatan seperti pes.
Sapukan masker asam jawa di kawasan berparut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Jangan terkejut, ubi kentang juga boleh digunakan dalam proses memudarkan parut jerawat . Kanji di dalam kentang mampu menghaluskan kulit muka.
Basuh bersih ubi kentang dan hiris kepada ketebalan yang bersesuaian. Letakkan hirisan kentang pada kulit muka dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit.
Selepas 15 minit, alihkan hirisan kentang dan bilas dengan air bersih.
Selain menggunakan bahan alami untuk memudarkan parut jerawat, kita juga perlu untuk menjaga pemakanan harian bagi mendapatkan kulit mulus.
Pengambilan makanan seimbang amat penting kerana seperi yang kita sedia maklum jerawat bukan hanya terjadi akibat pencemaran dari luar malah disebabkan hormon badan yang tidak stabil.
Nak hilangkan parut jerawat yang lama kita perlu untuk mengelakkan jerawat yang baru. Jadi penting untuk kita mengatasi masalah ini dari akar umbi.
Lemak ikan seperti omega-3 dan omega-6 dapat membantu mengurangkan radang dalam sistem badan manusia yang berpotensi menyebabkan jerawat. Antara ikan yang membekalkan sumber lemak ikan yang baik adalah ikan salmon, ikan kayu dan ikan selayang.
Anggur mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi yang dapat membantu merawat dan mengawal alahan pada kulit. Anggur juga merupakan salah satu snek yang menyihatkan.
Brokoli kaya dengan anti-oksidan dan vitamin seperi A, B kompleks, C ,E serta vitamin K yang membantu dalam menghalang pembentukan radikal bebas. Kulit akan menjadi lebih sihat dengan pegambilan makanan yang tinggi dengan anti-oksidan seperti brokoli.
Kita digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari. Pernahkah kita terfikir mengapa kita perlu minum air putih dengan banyak.
Air putih sebenarnya merupakan agen detoks yang terbaik. Air putih dapat menyembuhkan parut jerawat dan membantu meremajakan kulit.
Teh hijau berfungsi sebagai detoks untuk mengurangkan keradangan. Anti-oksidan di dalam teh hijau dapat melindungi kulit daripada jerawat dan sekaligus membantu proses pemulihan kulit akibat masalah jerawat.
Teh hijau digalakkan minum sekurang-kurangnya 1 cawan setiap hari. Untuk mendapatkan rasa yang lebih segar, teh hijau boleh dicampur dengan hirisan lemon dan beberapa helai daun pudina.
Kita sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan kulit yang mulus. Cuma kita perlu bijak untuk menggunakan apa yang ada di sekeliling kita.