Kali ini kami berpeluang untuk mencuba produt daripada jenama terkenal iaitu SK-II. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan untuk mencuba produk ini. Jadi, kami cuba melihat daripada beberapa sudut seperti bahan-bahan, cara pemakaian dan kesan.
Seperti biasa,produk daripada jenama ini sentiasa mendapat perhatian ramai. Jenama ini adalah suatu jenama tidak asing dan terbukti boleh dipercayai dari sudut kualiti dan menerima banyak hasil komen yang positif daripada orang ramai.
Jika anda mencari suatu produk untuk melawan kulit yang kusam serta bintik-bintik hitam pada muka, maka ini adalah jawapannya. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti luar dan terdedah kepada banyak cahaya matahari luar.
Kesan cahaya terik matahari mampu menyebabkan kulit seseorang menjadi lebih tua daripada sepatutya. Kulit kelihatan lebih dan tidak bermaya. Produk SK-II Genetoptics Aura Esence ini dihasilkan untuk mengembalikan seri wajah akibat faktor-faktor yang dinyatakan.
Selalunya sebagai wanita Asia, ramai mementingkan untuk kulit kelihatan lebih putih untuk mewakili maksud kecantikkan. Sebenarnya, warna kulit adalah perkara kedua yang perlu dilihat. Perkara pertama perlu kita lihat adalah menyerlahkan kulit itu sendiri dengan memastikan ianya sekata. Kecantikkan setiap orang sudah ada pada asalnya. Jadi menjadi tanggunjawab kita untuk mengembalikan ianya semula.
Jadi disinilah tujuan penghasilan produk ini. Ia merupakan serum untuk menyerlahkan lagi kulit. Produk ini juga merupakan produk best seller untuk SK-II. Serum ini dikatakan mampu menyerap lebih cepat kedalam kulit dan seterusnya membaiki kekusaman dan tompok-tompok hitam yang terhasil daripada cahaya matahari.
Setelah semua ini dibaiki, ia kana menyerlahkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih cantik dan lebih ‘glowing’ daripada sebelumnya.
Cara pemakaiannya pula mudah sahaja. Anda perlu memakai toner terlebih dahulu. Kemudian ambil sekitar 2cm panjang krim produk ini dan sapukan pada bahagian muka. Sapu dan lebihkan pada bahagian yang kusam itu dan selesai! Mudah sahaja caranya.
Bagi kami setelah mencubanya, kami dapati krim ini didapati senang menyerap dan selesa apabila mengenakannya. Ianya membuatkan kulit kami lebih lembab seperti tekstur lotion dan tiada kesan sampingan yang dirasai apabila memakainya. Kami tidak nampak kulit kami mengalami kemerahan. Jadi ini dapat menunjukkan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah selamat untuk kami dan sesuai untuk kami. Serta kami dapati lebih selesa untuk memakainya dan tekstur yang likat.
Secara peribadi, kami merasakan produk SK-II ini adalah produk menarik yang patut dicuba jika anda mempunyai masalah kusam atau jeragat. Genoptics Aura Essence mampu membaiki kekusaman sedia ada disebabkan terik cahaya matahari. Lebih-lebih lagi ianya datang daripada jenama yang dipercaya. Jika anda ada bajet, produk daripada SK-II ini perlu anda cuba.
*Ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan keseluruhan Bidadari.My