Mak ayah mana yang tak risau bila bayi comel kesayangan tiba-tiba tak dapat bernafas dengan betul disebabkan oleh masalah hidung tersumbat. Lagi susah hati apabila melihat bayi anda meragam dan menangis akibat tidak selesa. Makin bayi anda menangis, makin teruk hidungnya akan tersumbat. Puas dipujuk supaya jangan menangis tapi manalah bayi kecil ank faham apa yang kita katakan.
Hakikatnya, kita yang dah dewasa pun akan rasa tersiksa apabila mengidap masalah hidung tersumbat. Rasa nafas tak sampai. Rasa sesak dada. Rasa serba tak kena. Bayangkan sengsaranya kalau bayi kecil yang terkena. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang hidung bayi tersumbat. Apakah sebabnya dan apa yang ibu bapa boleh buat untuk menghilangkannya.
Biasanya hidung bayi tersumbat adalah disebabkan oleh selsema. Apabila bayi anda selsema, akan ada banyak hingus yang mengisi rongga hidung bayi anda lalu lama-lama akan mengeras dan menyumbat saluran hidung bayi anda lalu mengganggu pernafasannya.
Selain itu, cuaca dan persekitaran yang terlalu sejuk juga boleh menyebabkan hidung bayi anda tersumbat. Itulah sebabnya apabil bayi anda berada dalam bilik berhawa dingin yang terlalu sejuk atau sedang bercuti di Cameron Highlands, bayi anda mudah tersumbat.
Usah susah hati. Jom kami kongsikan petua hilangkan hidung tersumbat bayi dengan cepat dan kami jamin berkesan. Lepas ni anda tidak akan susah hati lagi melihat bayi anda tidak selesa kerana hidung tersumbat. Di antara petua yang boleh anda lakukan ialah:
Ini adalah petua orang lama yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Selain menghilangkan hidung tersumbat, ia juga membantu menghilangkan selsema bayi anda dengan cepat. Caranya, ambil sedikit kunyit hidup.
Sagat kunyit tadi dan ambil kunyit yang telah disagat tadi lalu sapukan pada batang hidung dan dahi bayi anda. Mungkin bayi anda akan kelihatan pelik dengan kekuningan pada hidung dan dahi, namun percayalah ianya sangat membantu. Sekejap sahaja hidung bayi anda akan bebas dari tersumbat.
Vicks Vaporub merupakan barang keperluan bayi yang wajib ada di rumah anda. Ianya merupakan minyak panas dengan pelbagai guna. Ianya boleh disapukan pada bayi anda apabila gatal digigit nyamuk, selsema, perut kembung, malah boleh membantu untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Mungkin anda tidak tahu bahawa Vicks Vaporub botol biru yang biasa kita gunakan tidak sesuai untuk bayi berumur dibawah 2 tahun kerana mengandungi Camphor. Untuk bayi dibawah dua tahun, anda perlu membeli Vicks Vaporub dengan botol berwarna merah jambu yang dicipta khas untuk bayi bawah 2 tahun. Ingat ya! Beli Vicks Vaporub botol merah jambu, bukannya biru.
Satu lagi petua hilangkan hidung tersumbat pada bayi yang berkesan boleh anda cuba ialah dengan menggunakan semburan hidung Sterimar atau Sterimar Nasal Spray. Ia boleh dibeli di farmasi atau klinik. Jangan bimbang, semburan hidung Sterimar adalah selamat untuk digunakan pada bayi anda. Ia adalah air laut semulajadi yang selamat untuk bayi dibawah 2 tahun.
Spray ini perlu anda semburkan ke dalam hidung bayi anda. Selepas semburan, hingus bayi anda akan keluar dengan banyak dan saluran hidung bayi anda akan kosong dari hingus. Cara menggunakan semburan hidung Sterimar adalah seperti berikut:
Itulah dia info tentang hidung bayi tersumbat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang punca bayi menangis malam dan gripe water untuk bayi