Kita tidak mahu sakit hati atau ‘makan hati’ yang memudaratkan kesihatan. Makan hati lembu lagi baik lebih merangsang selera makan perut kenyang hati senang. Menu kali ini ialah hati lembu masak pengantin. Siapa pernah makan masakan ini?

Sesuai namanya ‘masak pengantin’, hidangan ini sememangnya dihidang pada majlis perkahwinan. Namun begitu, tiada salahnya jika anda ingin buat hati lembu masak pengantin untuk lauk tengah hari atau makan malam di rumah.

Sedap lauk ini dimakan dengan nasi putih panas. Rasanya sangat lengkap ada pedas, manis, dan wangi yang menyelerakan. Jom cubakan resepi hati lembu masak pengantin yang dikongsikan Ida Zairi di laman Facebook.

Resepi Hati Lembu Masak Pengantin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gram hati lembu, (basuh 3 atau 4 kali, selawat, masuk tepung biar sekejap kemudian basuh balik untuk hilangkan bau)
  • 3 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 4 sekawan,
  • 1 sudu cili kisar (optional),
  • 1 sudu serbuk lada hitam,
  • 1 sudu sos tiram,
  • 1 sudu kicap manis,
  • 1 sudu garam masala (optional),
  • Garam/serbuk perasa,
  • Sedikit air,
  • Kacang buncis (optional),
  • Bahan hiasan,
  • Cili merah dan daun bawang,
  • Bawang besar potong bulat.

Cara-cara :

  1. Blend bawang besar, bawang putih, dan halia.
  2. Garam kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh. Panaskan minyak dan goreng sekejap, angkat dan toskan.
  3. Tumis bahan blend bersama 4 sekawan.
  4. Masukkan cili kisar, masak sekejap sampai pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam masala. Masak sekejap.
  6. Masukkn air dan hati lembu.
  7. Masukkan kacang buncis dengan bawang potong bulat.
  8. Tunggu masak, angkat dan tabur bahan hiasan. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain hati lembu masak pengantin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.