Pada minggu ini bayi anda adalah seperti kacang ginjal!
Imej:Yourbabylibrary.com
Kerongkongnya sudah pun membentuk tiub pernafasan yang membawa kepada peparu. Beberapa perkara juga terbentuk di dalam otaknya, hubungan terbina di antara sel saraf dan yang lain-lain. Hubungan ini akhirnya menjadi laluan saraf.
Bayi anda akan menggunakan itu suatu hari nanti untuk membalas kata-kata anda dan mencari jalan mengelakkan diri daripada membersihkan bilik tidur mereka.
Bayi terus berpindah dan bergerak di dalamnya. Namun, ibu masih belum boleh merasainya.
Adakah anda mengalami masa sukar memastikan suami anda atau orang lain melihat anda tepat pada mata anda? Coli anda sedikit ketat. Ia bukanlah di dalam minda anda – ada hormon-hormon lain yang menyebabkan buah dada anda membesar. Ini menyiapkan tubuh anda untuk pengeluaran susu pada masa depan. Sesetengah wanita mendapati yang buah dada mereka terus membesar sepanjang kehamilan sebanyak 1 lagi saiz atau 2.
Jika anda berasa amat letih sekarang, ingatlah bahawa anda tidak bersendirian dan ada sebab mengapa ia berlaku. Lebih banyak hormon beranjak yang menyumbang kepada keletihan. Mabuk yang anda alami setiap hari juga amat teruk juga.
Maaf, tiada apa boleh dilakukan. Apa yang anda perlu tahu adalah separuh daripada wanita yang mengalami mabuk hamil akan melihat ia pergi kira-kira selepas 14 minggu. Selebihnya akan melihat ia menghilang kira-kira sebulan selepas itu. Tiada pengecualian, tapi marilah kita berfikir secara positif.
Kencing berlebihan adalah perkara anda semasa hamil. Lebih cepat anda menerimanya, adalah lebih baik. Punca ia berlaku akan berubah. Mendapatkan rehat sepenuhnya pada waktu malam boleh menjadi sukar kerana sering hendak membuang air kecil.
Trimester pertama yang digabungkan dengan ujian saringan: melibatkan ultra-bunyi dan ujian darah. Ultra-bunyi mengukur ruang di dalam tisu yang terltak di belakang leher bayi. Ujian darah mengukur dua protin. Imbasan ini adalah di antara minggu ke 11 dan 13, maka anda ada masa untuk mempertimbangkan jika ia sesuai untuk anda.
Ujian ini memberi kemungkinan adanya Sindrom Down dan boleh memberikan kemungkinan untuk bayi anda mengalami risiko yang lebih tinggi untuk masalah-masalah yang lain juga. Imbasan ini tidak berisiko kerana ujian ini adalah tidak invasive.
Chorionic Villus Sampling (CVS): Melibatkan pungutan sel daripada plasenta,yang dihantar untuk analisa genetic. Ujian ini akan memeriksa mana-mana satu daripada beratus keabnormalan kromosom/gangguan gen. Ini hanyalah untuk ujian trimester pertama sahaja. Biasanya ia dijalankan diantara minggu 11 dan 12.
Biasanya jika ini adalah kehamilan pertama tanpa sebarang masalah, temujanji anda dengan doktor akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang.
Anda akan ada berjuta soalan. Ambil masa untuk menyenaraikan semua soalan supaya anda ingat untuk bertanya doktor pada temujanji akan datang. Anggaplah lawatan ini sebagai satu peluang untuk menenangkan minda anda dan mengeluarkan semua persoalan. Juga ia adalah peluang untuk mengenali doktor anda dan sebaliknya.
Sila bawa senarai perubatan anda semasa temujanji untuk berbincang jika ianya tidak selamat. Ini termasuklah pengambilan makanan-makanan tambahan juga.
Sejarah perubatan keluarga mungkin akan dibangkitkan semasa lawatan ini. Jika bukan pada temujanji pertama, ia akan berlaku pada pada masa depan juga.
Berat badan akan diambil pada setiap lawatan, bersama-sama dengan tekanan darah dan air kencing. Ukuran abdomen anda juga akan diambil untuk melihat sama ada anda mencapai sasaran, posisi bayi akan diperiksa mengikut kemajuan, dan anda boleh mendengar degupan jantung bayi. Setiap temujanji memerlukan ujian yang berbeza.
Ambil 15-20 minit masa untuk berjalan untuk memerangi keletihan. Jika anda berasa mengantuk terutama semasa bekerja, cuba untuk bangun dan bergerak.
Maklumat lanjut untuk minggu ini boleh didapati dengan melawat babycenter.com.