Apakah Saiz Bayi Saya Pada Minggu ke-7?

Pada minggu ke 7, bayi anda adalah sebiji beri biru. Iaitu sepanjang 1.5 inci, dan jika anda mengikuti kemajuan, ia adalah satu kali ganda lebih besar berbanding minggu lalu.

Hamil Minggu 7
Imej:Yourbabylibrary.com

Bagaimanakah Rupa Bayi Saya?

Bayi anda sudah bersedia untuk bertepuk tangan kerana tangan dan kakinya sudah mula membentuk pada minggu ini. Kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat sekiranya bayi anda mempunyai kaki seperti kaki ibunya atau bapanya. Mereka masih tidak mempunyai jari kaki dan tangan yang bersifat individu.

Pada masa ini kita masih memanggil bayi anda sebagai embrio. Tiada masalah dengan menjadi embrio. Kita semua bermula daripada sesuatu. Secara literalnya, kita semua bermula dari sana.

Perincian kecil yang lain – bayi anda mempunyai ekor pada masa ini. Ia adalah ekor yang kecil dan untuk membuat kamu merasa lebih baik, ini hanyalah tulang ekor yang menjulur di belakang. Si emas kecil anda akan membesar tanpa berlengah iaitu beberapa minggu dari sekarang. Ekor itu akan menghilang.

Bayi anda akan mula membentuk kelopak mata. Sebahagiannya menutupi mata kecilnya. Menakjubkan kerana matanya sudah pun mempunyai sedikit pigmen. Hujung hidungnya juga sedang terbentuk. Saya tidak sabar untuk tahu bagaimana rupanya!

 

Apakah Perkara Lain Yang Berlaku Kepada Bayi Saya Pada Minggu Ini?

Ada pertumbuhan yang sedang berlaku pada kedua-dua belah otak bayi anda. Hatinya sudah mula mengeluarkan beberapa sel darah merah. Jika anda bagus dalam sains anda akan berasa hairan hati bertugas dalam sel darah merah. Mari saya beritahu anda. Hati hanya melakukan tugas ini sehinggalah tulang sumsumnya boleh mengambil alih fungsi ini.
Ada apendiks di sana dan pankreas yang bersiap sedia membina insulin akhirnya untuk membantu dengan tugas penghadaman.

Tali pusat sedang membentuk daripada gelung di dalam usus. Tali pusat ini mempunyai pembuluh darah yang membawa nutrien/oksigen yang diperlukan oleh bayi.

 

Apa Yang Terjadi Kepada Ibu?

Anda mungkin sedang memuntahkan isi perut anda, atau anda mungkin sedang berasa baik-baik sahaja. Jika anda berasa bagus, maka jangan bimbang berlakunya perkara yang tidak baik. Sesetengah orang tidak mendapat mabuk hamil.

Berseronoklah dengan kehamilan anda yang tidak terganggu oleh mabuk hamil. Jika anda mengalami mabuk hamil, ia adalah dalam keadaan amat teruk sekarang. Maaf, saya tahu ia tidak menyeronokkan. Gula-gula halia, biskut tawar, teh, pepermin, dan gula-gula lemon adalah rakan-rakan terbaik anda sekarang. Saya harap ia semua memberikan sedikit kelegaan.

Kencing lebih daripada biasa? Jangan risau. Ini adalah kerana jumlah darah anda bertambah dan cecair tambahan melalui buah pinggang. Pada masa hadapan, ia akan berhenti kerana fetus memberikan tekanan kepada pundi anda, tapi ia bukanlah hal pada masa ini.

Fakta yang menarik adalah badan anda sudah pun mencipta 10 peratus lebih darah berbanding selalu. Menurut babycenter.com, jumlah ini akan meningkat kepada 40 sehingga 45 peratus pada penghujung kehamilan.

 

Mabuk Hamil/Lebih Membuang Air Kecil – Buat Ia Pergi…

Maaf, tiada apa boleh dilakukan. Apa yang anda perlu tahu adalah kira-kira separuh wanita yang mengalami mabuk hamil akan melihat ia perfi kira-kira selepas 14 minggu. Selebihnya akan melihat ia menghilang kira-kira sebulan selepas itu. Ada pengecualian, tetapi marilah kita berfikiran positif.

Kencing dengan lebih adalah perkara yang ada semasa anda hamil. Barangkali, semakin cepat anda menerimanya adalah lebih bagus.

 

Lawatan Pranatal – Penyediaan Mental

Selalunya, jika ini adalah kehamilan pertama anda dan tanpa sebarang masalah, maka temujanji dengan doktor akan berlaku pada beberapa minggu akan datang.

Anda akan mempunyai berjuta-juta persoalan. Ambil masa dan tulis semua seoalan supaya anda ingat untuk bertanya kepada doktor nanti. Anggaplah lawatan ini sebagai peluang untuk menenangkan minda dan mengeluarkan semua persoalan. Ia juga adalah peluang mengenali doktor anda dan sebaliknya.

Bawalah senarai perubatan semasa temujanji dan bincangkan ia sekiranya ada yang tidak selamat. Ini juga termasuklah apa-apa makanan tambahan yang lain.

Ketahui hari pertama untuk haid terakhir anda (dengan hati). Anda akan ditanya tentang ini, dan ini juga adalah cara untuk mengenalpasti tarikh melahirkan.

Sejarah perubatan keluarga juga mungkin akan timbul semasa lawatan ini. JIka bukan pada temujanji pertama, ia akan berlaku sedikit masa lagi pada masa hadapan.

 

Lawatan Pranatal – Penyediaan Fizikal

Berat badan akan diambil pada setiap temujanji, bersama-sama dengan tekanan darah dan air kencing. Ukuran abdomen anda juga akan diambil untuk melihat jika anda menepati sasaran, posisi bayi juga akan diperiksa mengikut kemajuan, dan anda boleh mendengar degupan jantung bayi anda. Setiap temujanji akan memerlukan ujian yang berbeza.

 

Aktiviti Untuk Dicuba

Ambil gambar perut anda. Ambil secara bulanan sehinggalah bayi lahir.

Penulis: Editor Bidadari.My

Avatar

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.