Ovum (kadang-kadang dua, jika anda hamil anak kembar) berjalan sehingga ke bawah tiub fallopio mengikut arah uterus anda. Jika anda melakukan hubungan seks, sperma akan bergerak ke atas melalui serviks dan uterus.
Imej:Yourbabylibrary.com
Untuk kehamilan berlaku, satu sperma mestilah menembusi lapisan luar ovum dan masuk ke bahagian tengahnya. Proses ini biasanya berlaku di dalam tiub fallopio. Jika ia berlaku, anda hamil.
Tahap progesterone anda meningkat sekarang. Hormon ini akan membolehkan tubuh anda tahu yang anda sedang hamil, lantas menyebabkan endometrium membentuk bekalan zat makanan yang menghentikan anda daripada didatangi haid.