Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci tanpa sebarang dosa, termasuk anak luar nikah atau bahasa lebih manisnya anak tak sah taraf. Mereka tidak minta untuk dilahirkan dengan status anak luar nikah. Adalah sangat zalim jika kita palitkan dosa kedua ibu bapa kepada anak yang tidak berdosa.
Seperti anak sah taraf, anak luar nikah juga mempunyai hak yang boleh dituntut dari kedua ibu bapanya. Namun di Malaysia hak anak luar nikah biasanya dinafikan oleh ahli keluarga atau pun langsung tidak dituntut oleh si anak kerana malu dengan status diri sendiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan hak anak luar nikah dari sudut pandangan islam yang ramai orang tak tahu.
Apakah yang dimaksudkan dengan anak luar nikah? Yang sebenarnya anak luar nikah terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, di antara tahun 2010 hingga 2018 sahaja seramai 172,811 anak tak sah taraf beragama Islam didaftarkan di Malaysia.
Di Malaysia, hak anak tak sah taraf adalah termaktub dibawah Akta Kanak-kanak 2001 dan akta setiap negeri seperti Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Apakah hak anak luar nikah menurut islam dan menurut peruntukan undang-undang di Malaysia?
Seperti anak sah taraf yang lain, anak luar nikah juga mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada ibu atau bapa kandungnya. Sekiranya bapa kepada anak tersebut tidak dapat dikenal pasti atau tidak dapat dikesan, tanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada anak itu jatuh kepada ibu dan keluarga ibunya.
Perlindungan yang dimaksudkan ialah memastikan anak tadi berada dalam keadaan selamat dan dijaga dengan baik, bukannya dibuang ke dalam tong sampah atau ditinggalkan di lorong belakang dengan niat untuk mengabaikan.
Selain hak perlindungan dan keselamatan, anak luar nikah juga mempunyai hak untuk dijaga oleh individu yang baik dan mendapat kasih sayang serta didikan yang sempurna. Dari sudut pandangan islam, hak penjagaan bagi anak luar nikah adalah jatuh kepada ibu dan keluarga ibunya jika ibu sudah tiada. Ini kerana kebiasaannya bagi kes anak luar nikah, bapa kandungnya tidak dapat disahkan.
Seperti mana anak yang dilahirkan sebagai saf taraf, anak luar nikah juga berhak untuk dijaga dengan penuh kasih sayang, perhatian, dan mendapat didikan yang sewajarnya oleh penjaga tanpa memandang rendah kepada anak tersebut disebabkan oleh statusnya sebagai anak luar nikah.
Anak luar nikah berhak untuk mendapat nafkah dari ibu atau keluarga ibunya. Mereka tidak boleg dibiarkan tanpa nafkah. Menurut Seksyen 80 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) dan Seksyen 81 bagi negeri Selangor, bagi seorang wanita yang cuai atau enggan menanggung nafkah anaknya yang tidak sah taraf dan tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan anak yang dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh memerintahkan wanita tersebut untuk memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah apabila dibuktikan.
Elaun bulanan di bawah seksyen yang kami nyatakan tadi hendaklah dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut seperti dinyatakan dalam perintah itu. Bagi kes di mana ibu tidak mampu atau meninggal dunia, tanggungjawab itu akan berpindah kepada waris yang berhak menerima pusaka, iaitu nenek dan saudara lelaki seibu.
Hak anak luar nikah yang seterusnya ialah hak untuk mendapat makan minum yang secukupnya dari penjaga. Anak luar nikah tidak patut dibiarkan kelaparan dan tidak mendapat nutrien yang sepatutnya.
Anak luar nikah juga berhak untuk mendapat tempat tinggal yang baik, selamat, dan selesa. Jika anda menjaga anak luar nikah bersama anak sah taraf yang lain, anda wajib memberikan bilik yang sama dan tiada beza di antara anak sah taraf dan anak luar nikah. Tiada perbezaan layanan patut diberikan kepada anak tak sah taraf.
Anak luar nikah juga berhak untuk mendapat pakaian iaitu sekurang-kurangnya dua persalinan baru setiap tahun. Janganlah mereka dilayan dengan buruk dengan hanya dipakaikan pakaian yang lusuh dan buruk sedangkan anak sah taraf yang lain sentiasa berpakaian baru dan kelihatan cantik berseri.
Anak luar nikah juga berhak untuk mendapat pendidikan asas seperti tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, dan universiti seperti mana anak sah taraf yang lain.
Seperti anak yang lain, anak luar nikah juga berhak untuk mendapat penjagaan kesihatan dan kebajikan yang baik. Apabila tidak sihat, mereka berhak untuk dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan serta dijaga dengan penuh kasih sayang sehingga sihat semula. Selain itu, anak luar nikah juga mempunyai hak yang berikut:
Itulah dia info tentang anak luar nikah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang statistik terkini anak luar nikah, surat beranak anak luar nikah, dan tips mendapat anak yang soleh.