Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

14 Hadiah Yang Terbaik Untuk Anak-Anak Dalam Pada Masa Yang Sama Boleh Didik Mereka, Ibu Bapa Perlu Tahu

Apabila tiba tarikh yang dinanti-nantikan oleh anak-anak iaitu hari lahir mereka, kita sebagai ibu bapa mesti sudah menyediakan hadiah untuk mereka.…

KeluargaDikemas kini 1 September 2019oleh aqirah
Kanak-kanak sedang menunggang kuda sebagai salah satu hadiah berpengalaman.

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Apabila tiba tarikh yang dinanti-nantikan oleh anak-anak iaitu hari lahir mereka, kita sebagai ibu bapa mesti sudah menyediakan hadiah untuk mereka. Selalu hari lahir mereka kita akan membelikan kek dengan hiasan katun yang mereka suka, buat parti hari lahir mereka atau membelikan mereka mainan yang mereka suka.

Itu adalah hadiah-hadiah biasa yang selalu dibelikan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka. Tetapi ia hanya sebuah hadiah kepada anak-anak, selepas makan kek, bermain permainan yang diberi atau selepas parti hari lahir, semuanya akan berakhir. Apakah manfaat, nilai murni dan perkara yang dapat dibelajar oleh anak-anak?

Tetapi adakah hadiah yang dapat memberi manfaat, nilai murni dan perkara yang dapat dibelajar oleh anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 14 hadiah yang terbaik untuk anak-anak dalam pada masa yang sama dapat didik mereka. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

14 Hadiah yang terbaik untuk anak-anak

14 hadiah terbaik untuk anak

Image via doitallworkingmom

🔵 Horse riding

🔵 Archery

🔵 Snorkelling 

🔵 Ice skating

14 hadiah terbaik untuk anak

Image via Tripadvisor

🔵 Feed animals

🔵 Mandikan animals

🔵 Jungle trekking

🔵 Memancing

🔵 Ikut nelayan menjala ikan kat laut

🔵 Jalan tepi pantai sambil kutip sampah

🔵 Naik train just to enjoy the view

🔵 Naik bas saje-saje

14 hadiah terbaik untuk anak

Image via parents.com

🔵 Cooking / baking his fav meal

🔵 Gardening something yang boleh harvest cepat

*Mudahkan hadiah-hadiah yang boleh diberikan kepada anak-anak. Hadiah-hadiah ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan am kepada mereka tentang kehidupan. Ia juga bagus untuk masa depan mereka. Selain itu, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tiada lah selepas bergambar dan makan selepas itu buat kerja masing-masing. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.