Menggembirakan dan menghargai hati kedua ibu bapa besar ganjarannya. Tidak perlu tunggu hari ibu, hari bapa atau hari jadi sahaja untuk memberi hadiah kepada ibu bapa. Anda boleh berikan hadiah untuk ibu dan ayah pada bila-bila masa.

Apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu dan ayah? Jika difikirkan, terdapat banyak hadiah yang sesuai dan pasti ibu ayah sukakan. Jom lihat 25 hadiah untuk ibu dan ayah menarik, pasti mereka suka.

1. Al-Quran Tagging

hadiah untuk ibu dan ayah

Kini, terdapat Al-Quran yang diletakkan tagging berkaitan surah-surah atau amalan harian. Selain Al-Quran yang tampak sangat cantik dan menarik, pasti ibu ayah sukakan Al-Quran yang penuh dengan nilai ilmu.

2. Telekung Siti Khadijah

hadiah untuk ibu dan ayah

Walaupun harga telekung siti khadijah agak mahal dan paling murah serendah RM 169, ia merupakan hadiah yang sangat istimewa buat ibu anda.

Kain yang sedap dipakai dan jenamanya sangat terkenal sebagai telekung eksklusif sesuai dijadikan hadiah untuk ibu. Beli jiwa mereka dengan hadiahkan telekung pasti membuatkan anda mendapatkan saham akhirat kelak setiap kali mereka menggunakannya untuk solat.

3. Kopiah Dan Sejadah

hadiah untuk ibu dan ayah

Kopiah dan sejadah boleh dihadiahkan buat ayah tersayang. Ia adalah pemberian yang ringkas tetapi amat bermakna. Mereka akan memakainya setiap kali solat dan anda juga memperoleh pahala.

Mungkin selama ini tak siapa pernah belikan kopiah dan sejadah buat mereka, tetapi anda adalah yang pertama melakukannya.

4. Rantai Emas Dan Cincin Lelaki

hadiah untuk ibu dan ayah

Hadiahkan rantai emas kepada ibu dan cincin lelaki kepada ayah. Mereka pasti gembira menerima hadiah daripada anda. Hadiah untuk ibu dan ayah ini juga adalah sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja membesarkan anda. Namun sebenarnya ia tidak terhitung nilai pengorbanan mereka.

5. Set Pakaian

hadiah untuk ibu dan ayah

Belikan set pakaian untuk ibu dan ayah anda. Set pakaian yang lengkap seperti baju, seluar, baju kurung, baju melayu, kasut pastinya membuatkan mereka tersenyum. Sekurang-kurangnya ada lagi orang yang shopping untuk mereka apatah lagi pakaian yang cantik yang mereka suka.

6. Beg Tangan Dan Beg Lelaki

hadiah untuk ibu dan ayah

Hadiah untuk ibu dan ayah ini boleh digunakan mereka pada bila-bila masa. Beg tangan untuk ibu dan beg silang untuk ayah. Anda boleh juga lihat pelbagai jenama beg diluar sana namun pastikan ia menepati citarasa ibu dan ayah.

7. Kek Dan Makanan

hadiah untuk ibu ayah

Hanya dengan kek sahaja, mereka pasti teruja akan hadiah untuk ibu dan ayah yang anda dapatkan. Luangkan masa makan bersama-sama dengan mereka. Pastikan kek anda tak penuh krim semata-mata, kebanyakan ibu bapa kurang gemar krim kek yang banyak.

8. Hamper Makanan

hadiah untuk ibu ayah

Berilah hamper kepada mereka, hamper yang besar akan mengejutkan ibu dan ayah anda. Walaupun hamper berisi pelbagai makanan, ia merupakan hadiah terbaik untuk ibu dan ayah.

9. Jambangan Bunga

hadiah untuk ibu dan ayah

Ibu pasti sukakan bunga hidup, dia akan simpan dan jaga bunga tersebut dengan baik. Apa kata anda hadiahkan ibu sejambak bunga yang cantik. Buatlah suprise delivery, pasti dia terkejut.

10. Pokok Artificial Hiasan Rumah

hadiah untuk ibu dan ayah

Artificial tree atau pokok hiasan rumah ini sangat sesuai dihias di rumah. Ibu bapa pasti gembira menerima hadiah pokok yang cantik ini. Ia sangat bergaya dan tampak elegen.

Terdapat pelbagai jenis pokok palm tree, banana, skybird, bamboo dan lain-lain lagi. Pilih sahaja mana satu yang ibu ayah suka.

11. Mesin Urut Badan Dan Kaki

hadiah ibu ayah

Terdapat banyak jenis mesin urut yang boleh anda hadiahkan kepada ibu dan ayah. Mesin urut khas untuk kaki sahaja atau mesin urut badan, semuanya bergantung kepada bajet anda.

12. Set Barang Mandian

hadiah untuk ibu bapa

Hadiah untuk ibu dan ayah ini adalah barang keperluan yang mungkin lama diidam-idamkan oleh mereka tetapi tetap tidak dibeli sebelum ini. Set barang mandian lengkap amat sesuai dihadiahkan. Inilah masanya untuk anda hadiahkan set barang mandian kepada mereka.

13. Minyak Wangi

hadiah suami isteri

Hadiah untuk ibu dan ayah yang menarik dan pasti mereka suka adalah perfume! Minyak wangi atau perfume yang bersesuaian untuk ibu dan ayah sangat terbaik dan romantis.

Wangiannya juga pasti menggembirakan mereka. Mereka boleh memakainya ke mana sahaja yang mereka suka. Pilih sahaja jenama yang anda suka mengikut bauan yang sesuai untuk mereka.

14. Barangan Elektrik

hadiah untuk ibu dan ayah

Barangan elektrik sangat menarik pasti ibu ayah sukakannya. Selain mempunyai pelbagai kelebihan, barang elektrik juga dapat menjimatkan wang mereka. Tak perlu beli lagi kerana sudah dapat hadiah.

Antara barang elektrik yang boleh anda beri adalah seperti pengisar, oven, pembakar roti, pembancuh kopi, dapur dan lain-lain lagi.

15. Periuk Serbaguna

hadiah untuk ibu bapa

Khas untuk hadiah ibu, periuk serbaguna ini sangat menarik dan menjadi kesukaan mereka. Terdapat pelbagai jenis saiz dan warna periuk yang boleh anda pilih.

16. Bawa Ibu Ayah Ke Spa

hadiah ibu ayah
Imej via [kuala-lumpur]

Selain hadiah fizikal, anda boleh memberikan hadiah perkhidmatan buat ibu dan ayah. Contohnya, anda boleh membawa mereka ke spa untuk membuat rambut, rawatan muka dan lain-lain lagi.

17. Tilam Urut

hadiah untuk ibu dan ayah

Tilam urut mempunyai banyak kebaikan terhadap kesihatan yang boleh ibu dan ayah gunakan. Sepanjang hidup, mereka mungkin belum pernah berasa terlalu selesa dan dapat urut dengan baik. Inilah masanya anda hadiahkan mereka tilam urut!

18. Al-Quran Digital

hadiah untuk ibu bapa

Hadiah untuk ibu dan ayah yang ramai tak terfikir adalah Set Quran Digital. Mereka boleh mengaji dan belajar Al-Quran menggunakan quran digital ini. Amat menyeronokkan dan mengujakan kerana Al-Quran digital akan memberikan panduan untuk pembelajaran Al-Quran.

19. Wang Tunai

hadiah untuk ibu dan ayah

Wang tunai merupakan hadiah untuk ibu dan ayah yang terbaik diberikan. Selama ini pun anda berikan duit, kali ini anda berikan duit yang lebih banyak. Contohnya, duit bulanan diberikan adalah RM 200, untuk hadiah kali ini, berikan seorang RM 500 sebagai hadiah.

20. Alat Senaman Di Rumah

hadiah untuk ibu ayah

Alat senaman di rumah membolehkan ibu dan ayah bersukan dan bersenam secara berterusan di rumah. Ia bagus untuk kesihatan mereka kerana dapat bersenam tanpa ke mana-mana.

Nak beli, tetapi mahal dan tak mampu. Oleh itu, hadiahkanlah kepada ibu dan ayah anda! Beli di shopee dengan harga lebih murah dan jimat.

21. Tiket Percutian

hadiah untuk ibu ayah
Imej via [agoda]

Berikan hadiah tiket percutian di dalam Malaysia untuk kedua ibu bapa anda sebagai hadiah. Walaupun Covid19 menghalang kita, namun jika ada ruang dan peluang, percutian dapat menenangkan ibu dan ayah.

Bolehlah mereka bercuti berdua sekaligus sebagai hadiah anniversary mereka sebagai suami isteri.

22. Motosikal

Motosikal boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan ayah terutamanya ayah. Mereka akan menggunakan motosikal tersebut untuk ke mana sahaja dan ronda-ronda petang.

Ayah pasti gembira dapat motosikal baru yang lebih sedap dibonceng. Setelah lama asyik menaiki motorsikal lama sahaja.

23. Penapis Udara

hadiah untuk ibu ayah

Hadiah untuk ibu dan ayah yang boleh anda berikan juga adalah penapis udara. Ia amat sesuai dan perlu ada dirumah demi menjaga kesihatan ibu dan ayah anda.

Buatlah perubahan pada rumah anda dengan lebih baik. Penapis udara dapat menghalang bakteria dalam rumah dan mendapatkan udara yang lebih baik lagi.

24. Penapis Air

hadiah untuk ibu ayah

Penapis air dapat memberikan kesihatan terbaik dari segi minuman seisi rumah anda. Ibu dan ayah tak perlu bayar tiap bulan jika anda boleh hadiahkan mereka secara tunai dan belikannya.

25. Umrah Dan Haji

hadiah untuk ibu dan ayah

Sponsorlah ibu dan ayah anda untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Biayai segala perbelanjaan mereka dan hantar mereka ke sana untuk melakukan umrah.

Ia adalah impian untuk semua ibu bapa yang dipendam rapi. Buatlah kejutan hadiah ini untuk mereka! Setelah covid19 reda, bolehlah hadiahkan mereka.

26. Baju Tulisan Penghargaan

hadiah untuk ibu dan ayah

Hadiahkan ayah dan ibu baju yang ditulis kata-kata semangat dan penghargaan buat mereka. Pasti gembira hati membaca kata-kata tersebut. Anda boleh tempah dengan syarikat printing baju atau beli sahaja di shopee.

Itulah hadiah untuk ibu dan ayah yang menarik dan boleh anda berikan. Pasti ibu ayah gembira menerimanya. Jom baca juga Cara pikat hati mertua, Peranan ibu bapa, cabaran ibu tunggal dan Cara hilangkan sedu bayi.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.