Berbaloi ke beli Galaxy Tab A9 Kids Edition? Samsung telah mengeluarkan tablet atau peranti pintar yang mesra kanak-kanak dimana pelbagai ciri hadir dan sesuai untuk golongan ini. Jika anda mencari peranti yang menarik dan selamat buat anak-anak, Galaxy Tab A9 Kids Edition antara yang terbaik di pasaran!

Kanak-kanak kini terdedah dengan gajet dan ada yang menghabiskan banyak masa pada peranti ini. Apa yang lagi merisaukan, penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak tidak mempunyai ciri keselamatan dan tanpa pengawasan golongan dewasa. Mereka semakin terdedah dengan aplikasi dan kandungan yang pelik, bahaya dan tidak sesuai untuk dipertontonkan. Oleh itu, Samsung memperkenalkan Galaxy Tab A9 Kids Edition yang bukan sahaja mesra kanak-kanak, malah dilengkapi dengan sistem kawalan ibu bapa.

Tab edisi kanak-kanak ini dicipta dengan lebih selamat dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang dapat menarik perhatian golongan ini untuk belajar dan meneroka perkara baharu. Nak tahu apa ciri-ciri yang menarik tersebut? Ini perkara yang perlu anda tahu sebelum membelinya!

Sistem Kawalan Ibu Bapa

Menerusi Galaxy Tab A9 edisi kanak-kanak ini, peranti ini dilengkapi dengan beberapa sistem kawalan ibu bapa di mana ibu bapa dapat mengawal tempoh masa anak pada skrin, menghadkan akses pada sesetengah laman web atau aplikasi dan paling penting ibu bapa juga dapat mengawal aktiviti anak-anak secara online.

Sebagai contoh, menerusi tetapan ‘Parental Controls’, ibu bapa boleh menetapkan tempoh masa anak-anak untuk bermain gajet. Melalui ‘Usage Report’ pula, ibu bapa dapat melihat aktiviti atau paparan anak sepanjang menggunakan tablet ini. Peranti ini turut menawarkan pilihan aplikasi yang selari dengan pembelajaran dan pengalaman ‘screen time’ yang positif.

Didik Hibur (Edutainment)

Tablet kanak-kanak ini hadir dengan pelbagai hiburan berasaskan pembelajaran yang terdiri daripada aplikasi, permainan dan video yang menarik.

Kandungan yang ada memfokuskan terhadap kreativiti dan kemahiran penting seperti membaca, mengira dan menyelesaikan masalah. Hal ini menjadikan penggunaan tablet sangat berkesan untuk perkembangan awal kanak-kanak.

Pengguna boleh memuatnaik aplikasi atau video dengan banyak kerana kapasiti storan adalah 64GB dipadankan dengan 4GB RAM. Jika tidak cukup, anda boleh menambah storan menerusi kad mikro-SD yang mampu memuatkan sehingga 1TB storan.

Reka Bentuk Mesra Kanak-kanak

Galaxy Tab A9 edisi kanak-kanak ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan tahan lama. Tablet bersaiz 8.7 inci tersebut amat sesuai untuk penggunaan kanak-kanak dimana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Apa yang lebih menarik, peranti ini didatangkan bersama sarung tablet yang tebal, kukuh dan tahan lama. Ciri ini melindungi peranti daripada kerosakan akibat terjatuh atau tertumpah air.

Harga Galaxy Tab A9 Kids Edition

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang harga yang ditawarkan oleh Samsung terhadap peranti ini. Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition dijual dengan harga RM 799 sahaja! Memang berbaloi!

Dengan harga ini, pembeli akan mendapat aksesori tablet bernilai RM 300 secara percuma! Berikut merupakan aksesori yang tampil bersama tablet ini:

  • CrayonStylus
  • Kids Puffy Case
  • Pelekat Kartun
  • 15W Travel Adaptor

Galaxy Tab A9 edisi kanak-kanak memang sesuai untuk setiap kanak-kanak yang sering menghabiskan masa bersama gajet. Banyak ciri menarik dan selamat untuk mereka.

Tak perlu lagi risau tentang kandungan atau paparan yang ada, semua telah dihadkan tetapi masih boleh menarik minat kanak-kanak untuk bermain gajet ini. Sambil bermain, mereka juga dapat belajar pelbagai kemahiran yang bermanfaat.

Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan mampu milik. Tunggu apa lagi? Jom hadiahkan anak-anak anda Galaxy Tab A9 Kids Edition!

Galaxy Tab A9 LTE turut berada di pasaran dengan harga RM 699 sahaja. Jom dapatkannya segera! Sebarang maklumat lanjut, kunjungi laman web Samsung.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.