Fidyah merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan. Hukum membayar Fidyah adalah wajib. Anda perlu menyempurnakannya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Ia di anggap sebagai satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya masih tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas di nyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :-
Puasa yang di wajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, makan sesiapa di antara kamu yang sakit? atau dalam musafir ( bolehlah ia berbuka ) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang di buka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak di kerjakan puasa)
( Surah Al-Baqarah : 184 )
Kadar bayaran Fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Kadar kiraan fidyah adalah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Untuk Ukuran Fidyah, seberapa banyak jumlahnya harus dikeluarkan, para ulama memiliki beberapa pandangan terhadapnya. Jom lihat penjelasan berkaitan ukuran fidyah.
Sebahagian ulama seperti Imam As-Syafi’i, Imam Malik dan Imam An-Nabawi menetapkan bahawa ukuran Fidyah yang harus di bayarkan kepada setiap 1 orang fakir miskin adalah 1 mud gandum sesuai dengan ukuran mud Nabi SAW.
Maksudnya mud adalah telapak tangan yang di genggam untuk menampung makanan (mirip tangan ketika berdoa). Mud dapat dilihat dalam istilah ukuran volume, bukanlah ukuran berat. Dalam Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu disebutkan bila diukur dengan ukuran zaman sekarang, 1 mud setara dengan 675 gram atau 0,688 liter.
Sebahagian Ulama yang lain seperti Abu Hanifah berpendapat ½ sha’ atau 2 mud gandum dengan ukuran mud Rasulullah SAW atau setara dengan sesetengah sha’ kurma atau tepung. Ia umpama seperti memberi makan siang dan malam hingga kenyang bagi seorang miskin. Sebahagian Ulama yang kira-kira ½ sha’ beratnya 1.5 kg dari makanan pokok.
Pendapat dari kalangan Hanafiyah, seperti Imam Al-Kasani dalam Bada’i’iwa As-Shana, satu Sha’ itu setara dengan 4 mud, sama dengan jumlah zakat fitrah yang dibayarkan. Bila ditimbang, 1 sha’ itu beratnya 2.176 gram.
1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan Hamil
Dengan syarat risau akan keselamatan bayi yang dikandung dan dikhuatiri berlaku keguguran, perempuan hamil adalah orang ini dikenakan membayar fidyah atas tidak menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu Yang Menyusukan Anak
Ibu yang merasa bimbang jika berpuasa memudharatkan bayi yang di susuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka dia boleh membayar fidyah untuk menggantikan puasa yang di tinggalkan.
4. Orang Yang Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah di sempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir Dan Pesakit Yang Tidak Mengqadhakan Puasa Pada Tahun Di Tinggalkan
Musafir dan pesakit yang tidak mengqhadakan puasa pada tahun sebelumnya juga wajib mengqhadakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang di tinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun berikutnya (bulan Ramadhan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang telah ditinggalkan. Tahukah anda, bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang anda tinggalkan!
Seseorang boleh membayar Fidyah ketika hari meninggakan puasa ataupun sehingga akhir bulan ramadan. Tiada masalah untuk anda lakukan pembayaran pada awal atau akhir ramadan.
Hal ini dapat dilihat oleh sahabat Anas bin Malik ketika beliau telah tua. Mereka yang tidak boleh melaksanakan puasa boleh melakukan fidyah pada awal waktunya. Contohnya, terdapat ada orang yang sakit yang tidak dapat diharapkan lagi kesembuhannya. Mereka boleh membayar fidyah setelah masuknya bulan ramadan.
Apabila bulan Sya’ban telah datang dia sudah terlebih dulu membayar fidyah. Hal yang sebegitu tidak diperbolehkan. Mereka harus menunggu sehingga bulan Ramadhan benar-benar telah masuk, kemudian barulah mereka boleh membayarkan fidyah pada hari itu atau hari-hari lain dalam bulan Ramadhan.
( Hari yang di tinggalkan) X ( Tahun gandaan ) X ( 1 cupak ) = Fidyah
Kadar bayaran Fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak. Anda boleh membayar zakat fitrah (¼ gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.
Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Contohnya jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah :-
RM 4.00 ( 1 Cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM 36.00
Walaubagaimanapun, kepastian mengenai Fidyah ini seharusnya di rujuk kepada Majlis Agama Islam untuk lebih jelas lagi pengertian dan caranya melaksanakannya.
1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
2. zakat
3. maik