Di dalam kalangan kita, pasti ada seorang yang ada masalah pertuturan. Sebagai contoh, pertuturan yang kurang jelas dan tidak boleh menyebut beberapa perkataan. Ia boleh menjejaskan perututuran seseorang dan menjadi masalah kerana orang itu akan mengalami masalah untuk menjelaskan sesuatu.
Adakah masalah pertuturan ini terjadi sejak kecil? Ya. Ia terjadi sejak bayi lagi kerana ada masalah lidah pendek. Jika perasan ada sesuatu yang berada di bawah lidah pada bahagian tengah. Itulah punca lidah pendek dan ada masalah pertuturan.
Selain masalah pertuturan, ia juga mengakibatkan beberapa masalah lain. Apakah masalah tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fenulum linguae atau lidah pendek. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.
Frenulum lingue adalah membran yang berada di tengah bawah lidah dan bersambung dengan lantai rongga mulut.
Ankyloglossia atau frenulum linguae yang pendek menghadkan pergerakan lidah, dan ini menyebabkan beberapa masalah, iaitu:
◾Menjejaskan kecekapan bayi menghisap susu dari puting. Pergerakan lidah memainkan peranan dalam proses menyonyot.
◾Menjejaskan proses pencernaaan dan penghadaman. Semasa mengunyah, lidah perlu menolak makanan ke kawasan gigitan gigi.
◾Menjejaskan pertuturan. Pergerakan serta artikulasi lidah amat penting dalam menghasilkan sebutan perkataan yang sempurna.
◾Menjejaskan komunikasi bukan verbal seperti bersiul dan berklik, serta fungsi lain seperti menjilat dan sebagainya.
Apakah tanda-tanda yang menyebabkan seseorang disyaki mempunyai frenulum linguae yang pendek?
◾ Berat bayi tidak meningkat seperti bayi seumurnya. Mungkin masalah kecekapan menyusu.
◾ Tidak boleh menjelir lidah ke hadapan melepasi barisan gigi bawah. Seharusnya boleh.
◾ Tidak boleh menjilat bibir atas dan bawah sendiri, tanpa mengemam bibir.
◾ Tidak boleh menekan lidah kepada lelangit ketika mulut sedang terbuka.
◾ Tidak boleh menyebut sesetengah perkataan dengan sempurna, atau pelat.
Jika ada tanda-tanda ini, tidak semestinya lidah pendek. Pengesahan perlu dibuat oleh doktor atau jurupulih patologi pertuturan (speech pathologist).
◾ Senaman regangan lidah yang diberikan oleh jurupulih patologi pertuturan.
◾ Pembedahan kecil memotong sedilit frenulum linguae untuk bebaskan pergerakan lidah.
*Setiap masalah ada cara penyelesaiannya. Jika kita lihat bayi kita susah untuk minum susu, cuba periksa bawah lidahnya. Jika ada Frenulum Linguae, bawa berjumpa doktor untuk lakukan pembedahan kecil. Baru lah, bayi dapat minum susu dengan senangnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.