Pesakit kencing manis mempunyai banyak pantang larangnya, seperti tidak boleh makan sebarangan, perlu berhati-hati semasa melakukan kerja supaya tidak ada luka di badan kerana luka itu akan memberi kesan kepada tubuh badan terutama sekali kaki.

Penyakit kencing manis ini akan mudah sembuh jika menjaga pantang larang dan makan ubat mengikut masa yang dijadualkan.

Tetapi ramai pesakit kencing manis yang lukanya lambat sembuh. Hal ini kerana paras aras gula pesakit amat tinggi dan risikonya juga amat tinggi. Apabila pesakit kencing manis tidak menjaga kesihatannya, inilah yang terjadi. Punca pemakanan yang tidak seimbang mengakibatkan paras aras gula meningkat seperti makanan berminyak, manisan, kuantiti nasi yang banyak dan lain-lain lagi.

Mari kami kongsikan faktor-faktor utama luka lambat sembuh yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar keluarga di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di Dungun, Terengganu.

Luka lambat sembuh
Image via Suhazeli.com

Faktor utama luka lambat sembuh.

Faktor utama luka itu lambat sembuh adalah kencing manis yang tidak terkawal. Gula yang tinggi boleh melambatkan proses pembiakan dan pemulihan sel-sel baharu.

Faktor kedua adalah, jangkitan kuman masuk dalam lurah luka. Penggunaan minyak senyonyoh, minyak gamat menjadi perisa tambahan untuk kuman terus membiak kat situ.

*Berikut adalah faktor-faktor utama luka lambat sembuh. Nasihat kepada pesakit kencing manis, jagalah kesihatan supaya penyakit kencing manis tidak membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Berhenti menyalahkan orang lain dan mula berubah ke arah yang lebih baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.