Ketahui 5 Faktor Berlakunya Batu Karang Dan Tanda-Tandanya
Kadang-kadang, pernahkah anda rasa susah untuk membuang air kecil dan rasa sakit apabila membuang air kecil? Itu bermakna anda mempunyai batu karang tanpa…

Ringkasan Ringkas
- Batu karang ialah pembentukan kristal di dalam air kencing akibat pemendapan zat kimia seperti kalsium dan magnesium.
- Faktor penyebab termasuk kurang pengambilan air, jangkitan kuman saluran kencing, pemakanan tinggi bahan kimia, kegagalan buah pinggang, dan ketidaksempurnaan aliran air kencing.
- Tanda-tanda batu karang termasuk loya, tidak boleh kencing, kencing berdarah, dan rasa sakit berdenyut-denyut.
- Batu karang bersaiz 4mm biasanya keluar sendiri dengan rasa sakit yang minimal.
- Elakkan menahan diri daripada membuang air kecil dan jaga pemakanan untuk mencegah batu karang.
Kadang-kadang, pernahkah anda rasa susah untuk membuang air kecil dan rasa sakit apabila membuang air kecil? Itu bermakna anda mempunyai batu karang tanpa anda sedar. Bagaimanakah anda boleh ada batu karang? Apakah faktor-faktor yang membuatkan anda ada batu karang? Dan apakah tanda-tanda anda mempunya batu karang?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 faktor berlakunya batu karang dan tanda-tandanya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Imej via Facebook
Batu Karang
Apa itu batu karang ?
Batu karang merupakan pembentukan kristal di dalam air kencing disebabkan oleh pemendapan pelbagai zat kimia seperti kalsium, magnesium, fostat dan lain-lain. Kebiasaanya, batu karang berlaku pada saluran kencing dan saluran buah pinggang.
Faktor-faktor batu karang
Kurang pengambilan air
Zat-zat kimia yang tinggi melebihi normal di dalam darah menyebabkan jumlah zat ini meningkat di dalam air kencing. Akibatnya, air kencing menjadi pekat dan sukar untuk dibuang.
Pernah mempunyai jangkitan kuman pada saluran kencing waktu kecil.
Nanah yang terhasil daripada jangkitan kuman lama-lama akan mengeras dan akhirnya membentuk sebagai kristal.
Pemakanan
Individu yang mengambil banyak makanan yang mengandungi bahan kimia seperti beberapa jenis makanan laut turut mengakibatkan pembentukan batu karang.
Kegagalan buah pinggang
Buah pinggang berfungsi untuk menapis zat-zat kimia. Tetapi, apabila ianya gagal berfungsi, pemendapan zat-zat kimia pada saluran buah pinggang akan berlaku.
Ketidaksempurnaan aliran air kencing
Ini boleh berlaku akibat kalenjar prostat yang besar atau pesakit lumpuh yang tidak berupaya untuk mengalirkan air kencing dengan baik.
Tanda-tanda batu karang
Loya dan berpeluh-peluh
Tidak boleh kencing
Kencing berdarah
Rasa sakit yang berdenyut-denyut
Batu karang yang bersaiz 4mm akan keluar dengan sendirinya dan kurang rasa sakit.
*Batu karang adalah satu penyakit yang berbahaya jika tidak mencegah. Seelok-eloknya, anda tidak digalakkan untuk menahan diri daripada membuang air kecil kerana ia tidak bagus untuk diri anda. Selain daripada itu, faktor pemakanan juga salah satu punca batu karang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.