Apabila kita terlalu kerap menggerakkan tangan seperti menulis, menaip atau menggenggam sesuatu dengan lama, tangan kita akan berasa sakit. Tangan adalah salah satu anggota yang kuat bekerja kerana semua kerja menggunakan tangan. Contoh, mengangkat barang, memindahkan barang, menulis dan pelbagai lagi. Apakah akan berlaku jika tangan kita berasa sakit dan susah untuk membuat kerja?
Selain itu juga, kita sebagai umat islam susah untuk menunaikan ibadat. Pernahkah anda mengalami sakit di saraf tangan sehingga menyukarkan anda untuk membuat kerja?
Mari kami kongsikan info sebenar sakit di saraf tangan. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai sakit di saraf tangan.
◾ Rasa kebas dan menyengat di tangan
◾ Sakit yang meluap-luap di tangan atau jari-jari.
◾ Sakit semasa menaip, menulis dan mengemas.
◾ Kebas atau semut-semut di tangan dan jari pada waktu malam terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari manis.
Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidapi “Sindrom Terowong Karpus” atau “Carpal Tunnel Syndrome”.
Ia adalah kesakitan pada saraf median yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan pada saraf itu yang berpanjangan.
◾ Pergerakan berulang kali atau berterusan tangan ataupun pergelangan tangan (contohnya penggunaan papan kekunci komputer)
◾ Tekanan dan gegaran yang berlebihan pada tangan atau pergelangan tangan
◾ Tendon pada kawasan terlibat bengkak dan menekan saraf median, mengakibatkan kesakitan dan kekebasan pada pergelangan/tapak tangan.
◾ Kecederaan atau kepatahan tulang di pergelangan atau tapak tangan.
◾ Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung atau pada pesakit kencing manis.
◾ Posture yang tidak betul atau tidak ergonomik.
✔️ Hadkan pergerakan pergelangan tangan
✔️ Berehat seketika di antara kerja (pacing)
✔️ Buat regangan pergelangan tangan
✔️ Ambil Paracetamol
Jumpa doktor untuk pemeriksaaan dan rawatan:
✔️ Ubatan anti radang dan penahan sakit
✔️ Fisioterapi (regangan & modaliti lain)
✔️ Suntikan corticosteroid
✔️ Pembedahan tenosynovectomy
*Beringatlah sebelum terkena. Kita perlu berhati-hati semasa bekerja dan jangan terlalu kuat bekerja. Ia boleh memudaratkan kesihatan kita tanpa kita sedar. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.