Tahukah anda mengenai penyakit polio? Apakah itu penyakit polio?

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia.

Penyakit polio berisiko tinggi untuk menular di dalam Malaysia jika tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran yang kotor. Selain itu, liputan imunisasi polio kurang daripada 95%. Bagaimanakah cara untuk merawat penyakit polio ini dan elak daripada terkena ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta penyakit polio. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Penyakit Polio

penyakit polio

Imej via Facebook

Individu yang tiada sejarah pelalian polio lengkap adalah berisiko dijangkiti virus polio jika ;

💥 Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas mengendalikan kes dijangkiti polio buang air besar termasuk selepas menukar lampinnya.

💥 Tidak menggunakan bekalan air bersih.

💥 Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.

💥 Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ.

💥 Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio.

💥 Mengendalikan spesimen makmal virus polio.

Cara virus polio merebak

Virus polio menjangkiti manusia secara fekal-oral. Virus dalam najis kes yang dijangkiti polio memasuki tubuh melalui beberapa cara seperti :

Memakan makanan dan / atau minuman tercemar.

Tangan tercemar dan menyentuh mulut tanpa mencuci tangan dengan sempurna.

Apabila objek seperti mainan tercemar dimasukkan ke dalam mulut.

Apabila virus ini masuk ke dalam badan, ia akan membiak dalam usus. Ia kemudiannya dikumuhkan melalui najis dan menjangkiti orang lain melalui cara di atas. Individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk :

✔️ Memastikan anak-anak mendapatkan vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

✔️ Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat.

✔️ Mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP.

✔️ Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar tandas dan selepas menukar lampin pakai buang serta menjaga kebersihan persekitaran.

✔️ Menyediakan makanan secara bersih dan selamat, termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.

*Anda perlu pastikan anak-anak anda tidak bermain dengan alat permainan yang kotor dan jika anak masih bermain dengan permainan tersebut, pastikan anak membasuh tangan selepas selesai bermain. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak daripada terkena penyakit polio. Lebih selamat, pastikan anak -anak mendapatkan suntikan vaksinasi polio yang diperkatakan oleh KKM. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.