Anda anak bongsu? Atau pasangan anda seorang anak bongsu? Atau anda sedang cuba untuk memahami anak bongsu anda yang tersayang? Artikel ini kami tulis untuk anda.

Fakta tentang anak bongsu yang akan kami kongsikan sebentar lagi pastinya sangat membantu anda memahami karakter, jiwa, dan sikap yang ada dalam diri seorang anak bongsu.

fakta anak bongsu
Sumber: Romper

1. Seorang yang manja

Tidak dapat disangkal lagi. Manja merupakan di antara sifat yang ada dalam diri setiap anak bongsu, tak kira sama ada anak lelaki atau perempuan.

Kedudukan sebagai adik dan anak paling muda dalam keluarga menjadikan anak bongsu mendapat layanan istimewa dari ahli keluarga yang lain. Malah kebiasaannya apa sahaja yang dipinta oleh anak bongsu akan ditunaikan dengan segera menjadikan anak bongsu menjadi manja.

Adakah sikap manja merupakan sesuatu yang negatif? Tidak sama sekali. Jika dia seorang anak perempuan, sikap manja dalam diri biasanya akan kekal menjadi personalitinya dan akan menjadi seorang pasangan yang manja.

Jika yang bongsu adalah seorang anak lelaki, dia akan kekal menjadi anak manja kepada ibu, bapa, kakak dan abangnya sehingga dewasa namun tidak semestinya dia akan menjadi seoranh suami yang manja.

2. Suka merujuk kepada ibu bapa, kakak, atau abang sebelum membuat sesuatu keputusan

Anak bongsu biasanya sangat bergantung kepada ahli keluarga yang lain. Walau apa pun yang dilakukan, terutamanya dalam membuat satu keputusan yang besar dan boleh memberi kesan kepada kehidupannya, dia akan suka untuk merujuk kepada ibu, bapa, kakak, atau abangnya.

Ini tidak bermakna bahawa dia tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri. Namun lebih kepada sikap yang suka mendengar pandangan orang lain dan mendapatkan sudut pandangan yang berlainan sebelum membuat keputusan.

Sikap ini merupakan sesuatu yang baik kerana anak bongsu biasanya membuat pertimbangan yang baik sebelum melakukan sebarang keputusan. Ini akan mengurangkan kejadian mengambil keputusan secara terburu-buru lalu dikesali pada kemudian hari.

3. Anak emak

Fakta anak bongsu yang seterusnya ialah, kebiasaannya anak bongsu akan mendapat gelaran anak emak kerana sangat rapat dengan ibunya. Segala yang berlaku dalam hidup akan diceritakan kepada ibunya. Malah gaji pertama biasanya akan diberikan kepada ibunya sebagai tanda kasih sayang.

fakta anak bongsu
Sumber: Showandtellonline

4. Selalu bergantung kepada orang lain

Kebiasaannya anak bongsu akan mendapa perhatian istimewa dalam keluarga. Setiap ahli keluarga yang lain akan mencuba yang terbaik untuk membantu dan memudahkan urusan si bongsu. Sebagai kesannya, anak bongsu akan selalu bergantung kepada orang lain di dalam hidupnya. Namun tidak bermakna bahawa anak bongsu tidak pandai berdikari. Namun dia sudah terbiasa untuk bergantung harap kepada orang lain memandangkan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut sejak kecil.

5. Sukakan cabaran

Fakta anak bongsu yang seterusnya ialah mereka sangat sukakan cabaran. Menurut Frank Sulloway, penyelidik dan penulis Born to Rebel, anak bongsu kebiasaannya mempunyai ciri-ciri seperti sukakan cabaran, suka mencuba sesuatu yang baru, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.

Ini berlaku kerana sebagai yang paling kecil dan muda dalam keluarga, anak bongsu perlu mencari identiti unik dan tersendiri yang tiada pada ahli keluarga yang lain. Seolah-olah mereka cuba untuk membuktikan bahawa mereka juga bagus dan hebat seperti ibu, ayah, abang, dan kakaknya.

6. Suka mencari pengalaman yang baru

Menurut Frank Sulloway lagi, selain sukakan cabaran, anak bongsu juga mempunyai sikap unik iaitu suka mencari pengalaman yang baru. Anak bongsu akan mencari aktiviti dan perkara baru untuk dilakukan.

Sebolehnya mereka akan melakukan perkara yang belum pernah dilakukan oleh ahli keluar yang lain. Sikap sukakan cabaran dan suka mencari pengalaman yang baru ini sebenarnya membantu menguatkan jatidiri anak bongsu dan menjadikan mereka lebih kental dalam menghadapi cabaran hidup.

fakta anak bongsu
Sumber: Bookmundi

7. Bersikap terbuka

Fakta anak bongsu yang seterusnya juga diambil dari buku tulisan Frank Sulloway. Menurut buku tersebut, anak bongsu cenderung untuk bersikap terbuka. Mereka bersedia untuk menerima sesuatu yang baru dan tidak konservatif.

Bersikap terbuka juga bermakna mereka sudi mendengar pendapat dan pandangan orang lain dengan baik. Ini merupakan salah satu daripada sikap positif yang ada pada diri anak bongsu.

8. Seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky

Tahukah anda, anak bongsu biasanya seorang yang kelakar, ceria, dan happy go lucky. Ciri ini menjadikan anak bongsu seorang yang lucu dan selalu menghiburkan mereka yang ada bersama. Satu survey yang bernama YouGov yang dijalankan pada tahun 2015.

Hasil survey mendapati bahawa anak bongsu selalu menganggap diri mereka sebagai seorang yang kelakar manakala anak sulung selalunya merasakan diri mereka lebih serius.

Menurut pakar psikologi yang bernama Richard Wisemen, anak bongsu biasanya menjadi seorang yang kelakar dan suka menghiburkan orang lain kerana sejak kecil mereka perlu berusaha untuk menarik perhatian ibu bapa dan untuk membuktikan bahawa mereka sebaik kakak dan abang yang lain.

9. Seorang yang santai

Anak bongsu biasanya merupakan seorang yang santai, relaks, tenang, dan kurang serius. Sikap ini biasanya datang seiring dengan sikap kelakar, lucu, dan suka menghiburkan orang lain.

10. Mudah mendapat kawan baru

Fakta anak bongsu yang terakhir ialah mereka mudah mendapat kawan baru memandangkan mereka mempunyai personaliti yang kelakar, tenang, happy go lucky dan berfikiran terbuka.

fakta anak bongsu
Sumber: Jooinn

Itulah dia fakta anak bongsu yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang fakta anak sulung, fakta anak keempat dan koleksi nama anak perempuan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.