Bayi sukar tidur lena pasti amat membimbangkan anda. Masa anda juga tidak begitu terurus kerana terpaksa korbankan masa menjaga anak. Tambah-tambah lagi jika anak sukar tidur sehingga tengah malam, bagaimana anda akan mulakan kerja pada pagi esok?
Hal ini tidak boleh dibiarkan, ia pasti akan mengganggu tumpuan anda pada keesokan hari. Jangan risau, sudah pasti ada petua untuk memudahkan bayi tidur lena tanpa gangguan dan jagaan pada waktu malam. Petua bayi tidur lena juga bergantung kepada cara anda uruskan bayi anda sebelum tidurkan mereka. Jom lihat petua bayi tidur lena.
Bagi memastikan bayi tidur lena, pastikan tempat, keadaan, suasana, susu bayi, pakaian bayi dan juga keadaan ibu bayi diambil peduli. Sebenarnya, faktor-faktor berikut mempengaruhi cara tidur bayi dan kualiti tidur bayi.
Selain daripada petua bayi tidur lena, ada juga amalan doa yang harus anda ikuti. Dengan doa sebelum dan semasa bayi tidur, pastinya bayi akan tidur lena dengan mudah tanpa sebarang gangguan. Doa bayi tidur lena juga disarankan anda amalkan setiap hari walaupun bayi anda sudah tertidur.
Baca selawat Nabi SAW 30x atau 3x dengan niat untuk pujian kepada nabi dan memudahkan urusan anak anda tidur tanpa sebarang gangguan syaitan.
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammad wa’alaa aali Muhammad
Ayat kursi harus dibacakan kepada bayi setiap bayi supaya dilindungi daripada makhluk jahat yang lain sehingga pagi. Jangan tinggal ayat ini! Amallah setiap pagi, petang dan malam.
Maksud Ayat Kursi:
Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)
Surah Al-Qadr dapat memudahkan bayi tidur malam dengan nyenyak. Fadhilat dan khasiat surah ini bukan sahaja dapat mengampunkan dosa selama 40 tahun, tetapi dirahmati dan disayangi nabi. Seronoknya jika diberkati dan disayangi ketika tidur. Oleh itu, amalkanlah surah ini ketika tidurkan bayi.
Maksud Surah Al-Qadr:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan telah meriwayatkan bahawa:
Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakitnya setiap malam iaitu tidak boleh tidur malam (insomnia). Rasulullah SAW kemudian mengajarnya doa ini. Beliau akhirnya dapat tidur nyenyak dengan mengamalkan doa ini sentiasa.
Maksudnya:
“Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”
Al-Fatihah adalah surah terhebat di antara semua surah. Awalkan bacaan anda dengan Al-Fatihah dahulu sebelum membaca doa-doa lain. Bacalah dengan nada dan niat yang betul. Sesungguhnya Allah SWT akan membantu apa yang anda inginkan termasuklah bayi tidur dengan lena.
Membaca surah Al-Ikhlas dapat menjaga anda daripada 3 perkara ini iaitu kesihatan, kesukaran dan hajat. Bacalah doa ini agar bayi tidur lena dan tidak meragam lagi. Kesakitan atau ketidak selesaan bayi akan diatasi dan bayi akan mudah tidur lena.
Zikir seperti Subhanallah, Allahuakhbar dan Alhamdulillah juga boleh anda amalkan untuk bayi tidur lena. Di samping mendapat pahala, anak juga akan diberkati dan dipermudahkan.
Itulah dia 7 jenis doa untuk bayi tidur lena yang sesuai diamalkan setiap malam. Walaupun doa-doa ini sering kita dengari, sebenarnya ia mempunyai zat yang cukup kuat dan banyak. Jemput baca Tahnik Bayi, Senarai rumah anak yatim mengikut negeri dan Cara simpan susu ibu yang betul.