Setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya, begitu juga dengan sesebuah majlis. Sebagai umat Islam kita sangat disarankan untuk membaca doa pembuka majlis dan doa penutup majlis untuk memohon kemudahan serta keredhaan Allah SWT sepanjang majlis berlangsung. Mustajabnya doa hamba-hamba yang terpilih sehingga kita tidak menyedari akan kebaikan itu sendiri.

Doa kaffarah majlis (pembersih majlis)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an lailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik

“Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.” – (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Doa penutup majlis 2

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Subhaana rabbikaa rabbil ‘izzati ‘ammaa yashifuun, wa salaamun ‘alal mursaliin, wal hamdulillahi rabbil ‘aalamiin

“Maha suci Tuhanmu, Tuhan pemilik kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Selamat sejahtera bagi para rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” – (Surah As Saffat ayat 180-182)

Doa penutup majlis 3

اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا. اَللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْهُ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ عَاداَنَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِى دِيْنِنَاوَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Allahummaqsim lana min khasy yatik, maa tahulu bainanaa wa baina ma’shiyyatik, wa min thaa’atika maa tuballighuna bihi jannatak wa minal yaqiini ma tuhawwinu bihi ‘alaina mashaaibad dunya.

Allahumma matti’naa bi asmaa’inaa wa abshaarina wa quwwatinaa ma ahyaytana waj’alhul waaritsa minna waj’alhu tsa’ranaa ‘alaa man ‘aadanaa wa laa taj’al mushiibatanaa fii diininaa wa laa taj’alid dunya akbara hamminaa wa laa mablagha ‘ilminaa wa laa tusallith ‘alainaa man laa yarhamunaa.

Maksudnya: “Ya Allah, anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepada Mu, yang dapat menghalangi antara kami dan perbuatan maksiat kepada Mu, dan (anugerahkanlah kepada kami) ketaatan kepada Mu yang akan menyampaikan Kami ke syurga Mu dan (anugerahkanlah pula) keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah dunia ini.

Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran kami, penglihatan kami dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami, dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami dalam urusan agama kami,

dan janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak dari ilmu kami, dan jangan Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa atas kami.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Doa penutup majlis 4

Ya Allah Ya Tuhan kami. Pertemuan hari ini adalah usaha untuk menjadikan kami hamba Mu yang soleh dan amanah dengan misi khalifah di muka bumi. Kau permudahkan kami untuk meneruskan usaha baik kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Segala salah dan silap kami. Kau ampunkanlah Ya Allah. Kami bertaubat kepada Mu Ya Allah. Itulah adalah kelemahan kami sebagai hamba Mu.

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun. Ya Allah, Engkau jadikanlah majlis hari ini bermanfaat bukan sahaja di dunia di akhirat kelak Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ayat-ayat ini menzahirkan kemuliaan dan sifat Maha Pemurah Allah SWT di mana Dia menggalakkan hambanya untuk berdoa dan memberi jaminan untuk mengabulkan doa-doa tersebut. 

Semoga dengan usaha kita sentiasa dekat kepada Allah tidak kira di mana-mana ini membolehkan kita tergolong dalam kalangan hamba yang dicintai oleh Nya.

Selain dari doa penutup majlis ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik seperti:

Rujukan:

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  2. Doa dan Zikir Penutup Majelis. Muslim
  3. #622 Doa Kaffaratul Majlis Selepas Bacaan al-Quran. Maktabah Al-Bakri

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.