Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

10 Idea Untuk DIY Permainan Anak Yang Sangat Menjimatkan Kos!

Selain hanya membeli alat permainan untuk anak-anak, kita juga boleh mereka sendiri pelbagai jenis permainan untuk mereka. Secara tidak langsung,…

KeluargaDikemas kini 15 Mac 2018oleh Faz
Kolleksi kotak kraf dan permainan buatan sendiri untuk kanak-kanak

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Selain hanya membeli alat permainan untuk anak-anak, kita juga boleh mereka sendiri pelbagai jenis permainan untuk mereka. Secara tidak langsung, penglibatan anak dalam proses mereka cipta sesuatu permainan itu akan merangsang kreativiti dan daya imaginasi mereka juga. Ibu bapa jaga akan mempunyai bonding time bersama-sama anak sepanjang menyiapkan sesuatu rekacipta. Pasti anak-anak sangat teruja dan gembira apabila dapat menghasilkan kereta, kapal terbang atau rumah dengan hasil tangan mereka sendiri. Lihat sahaja riak wajah anak, pasti tersenyum lebar tanda kepuasan! Tidak perlu membeli alat permainan yang mahal-mahal, dapat mereka sebuah kapal menggunakan span pun anak-anak sudah kagum bukan? Mari saya kongsikan 10 idea kreatif beberapa rekacipta yang boleh dilakukan sendiri oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah.

1. Kedai Serbaneka

Proses untuk menghasilkan sebuah kedai ini agak melecehkan memandangkan memerlukan masa yang lama untuk mendekorasi. Namun, perasaan penat itu terus lenyap apabila telah tengok hasilnya. Tambahkan aksesori pada kedai tersebut seperti kaunter pembayaran dan buah-buahan supaya anak-anak boleh bermain olok-olok menjadi penjual dan pembeli juga. Kedai serbaneka buatan sendiri dari kotak kadbod untuk permainan role-play kanak-kanak

2. Lapangan Terbang

Tambahkan aksesori walkie talkie untuk anak bermain olok-olok sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi anak dan memberi gambaran awal tentang bagaimana tugasan mereka yang bekerja di lapangan terbang. Lapangan terbang mini dari kitar semula dengan kapal terbang kadbod dan landasan

3. Trek Kereta

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, idea mereka cipta sebuah trek kereta pasti dapat mengujakan anak mereka. Dengan hanya menggunakan kotak terpakai, reka satu trek kereta yang besar supaya dapat memberi kepuasan kepada anak-anak untuk bermain dengan koleksi kereta yang banyak itu ? Adalah lebih baik jika trek kereta itu dibiarkan kosong tanpa aksesori supaya anak-anak bebas untuk mereka sendiri landskap di atas trek kereta tersebut. Proses ini dapat menggalakkan anak-anak untuk berimaginasi dan berkreativiti sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Trek kereta warna-warni daripada pita pelekat di atas lantai

4. Mini Zoo

Bagi anak-anak yang sukakan haiwan, projek mini zoo ini pasti mengujakan. Proses mereka cipta ini akan lebih signifikan jika dilakukan selepas membawa anak-anak melawat zoo yang sebenar. Ibu bapa boleh galakkan anak-anak untuk mengingati kembali nama-nama haiwan yang terdapat di zoo tersebut. Secara tidak langsung dapat menguji daya memori mereka dan menambah kosa kata akan jenis-jenis haiwan. Ibu bapa juga boleh menerangkan dengan lebih terperinci akan habitat, nama saintifik atau ciri fizikal yang terdapat pada haiwan kepada anak-anak. Sudah pasti akan meluaskan lagi pengetahuan mereka tentang pelbagai hidupan. Haiwan mainan diletakkan di atas rumput untuk mewujudkan mini zoo

5. Tapak Pembinaan

Anak-anak pasti leka dengan rekaan tapak pembinaan ini. Kemahiran motor halus mereka turut dirangsang seperti memasukkan guli ke dalam botol, corong dan penimbang. Ajarkan anak juga asas matematik seperti penimbang mana yang lebih berat atau ringan serta mengira bersama-sama jumlah guli yang telah dimasukkan ke dalam botol. Seronokkan? ? Kenderaan konstruksi mainan bermain di atas kawasan tanah seperti tapak pembinaan

6. Water Wall

Pelbagai konsep asas sains boleh diperkenalkan kepada anak-anak dengan satu rekaan water wall ini seperti daya graviti, tekanan rendah dan tinggi. Mereka pasti seronok bermain air dan mencuba pelbagai fungsi alatan seperti membuka dan menutup pili air. Sedikit pewarna makanan biru juga boleh diletakkan supaya anak-anak lebih jelas melihat air itu mengalir. Dinding bermain air daripada botol plastik kitar semula yang dipasang menegak

7. Sistem Solar

Anak anda minat dengan sains? Ini salah satu cara untuk mereka belajar tentang sistem solar dengan cara yang seronok. Proses mewarna planet-planet pun sudah cukup menyeronokkan. Tiada kanak-kanak yang tidak suka dengan messy play seperti ini. Buatkan orbit dan cucukkan planet yang telah diwarnakan tadi dengan batang aiskrim. Beri peluang kepada anak-anak untuk menggerakkan planet tersebut. Proses ini dapat memberi kefahaman kepada anak-anak bagaimana planet-planet di angkasa menggelilingi matahari. Susunan planet sistem solar yang dibuat daripada bola styrofoam berwarna

8. Perhentian Rehat & Rawat

Jika balik kampung pasti banyak Perhentian Rehat & Rawat yang disinggahi oleh keluarga. Apa kata kita ajak anak-anak untuk mereka satu perhentian dan beri peluang kepada mereka untuk memberi cadangan dan idea. Antara premis yang menjadi pilihan sudah pasti KFC, MCD dan tapak permainan kanak-kanak. Kawasan rehat mini dengan papan tanda dan aksesori daripada kotak kadbod

9. Bandar Mini

Ingin bermain olok-olok sebagai Datuk Bandar? Inilah masanya untuk anak berimaginasi untuk mereka sendiri bandar idaman mereka. Pelbagai idea menarik akan dicadangkan anak-anak untuk membina bandar mini mereka sendiri seperti zoo, kolam renang, bank dan pelbagai lagi. Peta bandar mini dilukis di atas kadbod untuk permainan pretended play

10. Dapur

Anak-anak memang suka ‘membantu’ ibunya di dapur bukan? Kalau boleh semua nak dipotongnya?. Oleh itu, reka satu dapur mini untuk mereka yang secara tidak langsung mereka boleh bermain olok-olok memasak sendiri di dapur. Tambahkan aksesori seperti mainan plastik ayam,ikan dan sayur-sayuran untuk menjadikan permainan itu lebih menarik lagi. Anak perempuan bermain memasak di dapur mainan buatan sendiri Selamat mencuba dan berekativiti bersama anak-anak!