Ibu menyusu dan berpantang perlu berdiet dek ingin memulihkan luka bersalin sekaligus menjaga tubuh badan daripada badan lebih berisi seperti sebelumnya. Jika tidak berpantang, macam-macam boleh berlaku pada tubuh badan dan sukar untuk kita dapatkan tubuh badan yang ideal seperti sebelum hamil dahulu.

Bagaimana caranya berdiet jika menyusu bayi? Terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk kurus dalam masa yang sama tidak menjejaskan susu anak. Mana tidaknya, nak kurus tapi menyusu badan, takut-takut ia memberi kesan kepada susu badan pula.

Jangan risau, selain menjaga pemakanan, anda boleh mengikuti tips kurus dan diet ibu menyusu yang takkan memberi kesan kepada susu badan.

diet ibu menyusu
Imej via [kumparan]

Diet Ibu Menyusu #1: Kerap Minum Air

Air putih adalah elemen penting tubuh badan apatah lagi anda menyusu bayi setiap hari. Pasti terasa lebih dahaga, bukan? Kerap-keraplah minum air apabila terasa dahaga. Jangan pula minum air berlebihan sehingga rasa tidak selesa, cukuplah minum secara kerap sahaja. Ia akan membakar kalori tubuh badan dan lemak berlebihan untuk lebih kurus tanpa jejaskan susu badan.

Diet Ibu Menyusu #2: Kerap Susukan Bayi

“Betul ke susukan bayi boleh kurus?”

Percaya atau tidak, menyusukan bayi dari badan juga dapat mengurangkan kalori tubuh badan. Jangan bimbang, susukan bayi seperti biasa sahaja. Jika perlu, pam susu badan anda untuk bekalan bayi sewaktu anda perlu ke kerja dan tidak bersama bayi. Susu badan keluar dengan banyak akan menyebabkan susu lebih bertambah kelak dan badan mudah kurus.

Diet Ibu Menyusu #3: Bertenang, Jangan Stress

Janganlah terasa tertekan atau stress dalam tempoh berpantang. Stress akan menyebabkan berat tubuh badan meningkat dan tubuh tidak terjaga rapi. Sebaiknya, amalkan gaya hidup yang sihat, tenang tanpa stress, cerialah sepanjang hari agar mudah kurus dan tidak jejaskan susu anak.

Diet Ibu Menyusu #4: Senaman Ringan Dan Sederhana

Siapa kata ibu menyusu tidak boleh bersenam? Ada senaman ringan dan sederhana yang boleh anda lakukan sebagai salah satu tips kurus dan tidak jejaskan susu anak. Ia juga adalah diet ibu menyusu dimana bukan sahaja makanan terkandung dalam tips diet, tetapi juga senaman. Anda boleh menonton video Melanie Darnell di Youtube untuk melihat jenis-jenis senaman yang sesuai dengan ibu menyusu.

diet ibu menyusu
Imej via [startwell]

Diet Ibu Menyusu #5: Prihatin Akan Jumlah Kalori Setiap Makanan

Diet ibu menyusu dari segi memilih makanan setiap pagi, tengahari, petang dan malam memerlukan anda prihatin akan setiap jumlah kalori bagi setiap makanan yang diambil. Salah satu cara untuk mengira kalori adalah dengan menggunakan MyFitnessPal.com. Anda boleh memilih mana-mana menu yang lebih sihat sekiranya sudah peka dengan kalori bagi makanan yang diambil setiap hari.

Diet Ibu Menyusu #6: Dapatkan Zat Besi Dengan Mengambil Vitamin

Sebagai ibu menyusu anak, zat besi amat penting dalam tubuh badan pada masa ini. Dengan adanya zat besi yang mencukupi, tubuh akan lebih kuat dan mampu menghasilkan susu di samping membentuk tubuh badan yang ideal dan kurus. Zat besi atau vitamin penting dalam setiap diet ibu menyusu.

Diet Ibu Menyusu #7: Pantang Makan Dan Makan Makanan Yang Sihat Sahaja

Sama seperti pantang makanan selepas bersalin, makanan yang tidak boleh dimakan harus dielakkan. Ambil makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras perang, kekacang, yogurt, telur, roti gandum penuh dan lain-lain lagi. Elakkan makanan bergoreng, makanan dari santan dan minyak serta makanan yang menyebabkan gatal-gatal.

diet ibu menyusu
Imej via [kumparan]

Diet Ibu Menyusu #8: Amalkan Menu Makanan Berikut

Para ibu menyusu yang ingin kurus dan tidak jejaskan susu anak, amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk memastikan tubuh badan kekal cantik. Terdapat banyak menu pilihan untuk anda amalkan sepanjang menyusu anak.

Snek Dan Makanan Sampingan

  • Sandwich
  • Oat buah kiwi atau strawberi
  • Yogurt
  • Susu
  • Roti wholegrain
  • Ubi keledek
  • Lempeng pisang tanpa minyak
  • Oat Kurma

Snek dan makanan sampingan ini boleh dimakan pada bila-bila masa, teringin nak mengunyah, makan sahaja snek ini. Disamping sihatkan tubuh badan dan banyakkan susu, tubuh akan ramping dan kurus seperti sediakala.

diet ibu menyusu
Imej via [kumparan]

Lauk Pauk Dan Sayur

  • Ikan tongkol gril perap bawang putih, halia dan serbuk cili 
  • Kangkung tumis bawang
  • Ayam grill
  • Sayur bayam 
  • Siakap grill 
  • Lobak grill
  • Sayur chiew park choy celur
  • Salmon grill
  • Brocolli grill dan baby romaine 
  • Terung, lobak dan brokoli 
  • Ikan tongkol kari kering
  • Bendi dan tomato
  • Sayur campur 
  • Tenggiri grill
  • Kerabu pegaga cili api 
  • Ayam dan udang grill
  • Sayur campur udang 
  • Telur gulung cili api 
  • Ikan tenggiri sambal 
  • Lobak dan bunga kobis celur 
  • Pucuk ubi celur 

Masakan lauk pauk dan sayur ini boleh direbus atau ditumis menggunakan sedikit minyak. Untuk kurus, tiada masalah jika anda mahu makan nasi beras perang pada tengahari dan malam. Pastikan ia adalah lauk pauk dalam senarai dan elakkan makan malam lebih dari pukul 9 malam.’

diet ibu menyusu
Imej via [rancahpost]

Air Dan Buah-Buahan

  • Susu kurma
  • Jus Mangga
  • Jus Epal
  • Aprikot
  • Pisang
  • Anggur
  • Kiwi
  • Strawberi

Air jus dan buah-buahan elok diamalkan secara kerap. Ia membekalkan zat dan tenaga selaras dengan keperluan tubuh badan ibu menyusu. Amalkan air jus dalam jadual diet ibu menyusu pasti takkan mengecewakan.

Itulah dia 8 Tips diet ibu menyusu yang boleh diamalkan oleh semua ibu menyusu untuk kurus tanpa jejaskan susu badan sedikit pun. Bayi juga pasti akan gembira dan puas menyusu! Jom baca juga cara susukan bayi, Fakta ibu susukan anak dan Milk booster terbaik.

Rujukan:

  1. theasianparent
  2. myhealth
  3. babycenter

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.