Mendidik anak tentang adab-adab di rumah, di sekolah, di tempat awam, adab dengan orang tua dan lain-lain amat penting untuk menjadikan anak kita seorang insan yang bertingkah laku baik. Di rumah, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan bertingkah laku baik apabila di luar. Sekolah pula, cikgu-cikgu boleh mengajar anak murid tentang adab di sekolah dan adab menuntut ilmu.

Anak-anak yang masih kecil ini, kita boleh mengajar mereka banyak perkara. Tetapi, jika kita terlalu lembut dan manja kan mereka sehingga jika mereka buat salah, kita hiraukan. Itu menjadi satu masalah. Mungkin kita rasa benda salah itu biasa kerana mereka masih kecil dan tidak matang tetapi ia akan memberi kesan kepada hidup mereka.

Apakah didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 10 didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

10 didikkan yang boleh merosakkan anak kita

10 didikkan yang boleh merosakkan anak
Imej via Bidadari.my

1. Kita terlampau banyak memuji hingga membuatkan anak tak boleh dikritik sama sekali.

2. Kita terlampau banyak mengikut kemahuan anak hingga anak merasakan dirinya bos dan tuan.

3. Kita terlampau berikan anak hiburan hingga hati anak menjadi keras dan susah nak rasa seronok dengan Al Quran.

4. Kita terlampau suka menjadikan dunia sebagai matlamat utama anak hingga anak mengejar dunia sampai bila-bila.

5. Kita terlampau sibuk sampai mencuaikan anak hingga anak rasa dia tak diperlukan.

6. Kita terlampau tegas dan memaksa hingga anak merasa ingin memberontak dan melawan.

7. Kita terlampau suka pilih kasih antara anak kita hingga anak merasa iri sesama adik beradiknya.

8. Kita terlampau mudah kalah dengan pujukan hingga anak merasa kita adalah ibubapa yang mudah dimanipulasi dan tidak ada pendirian.

9. Kita terlampau ‘perfectionist’ dan nak segalanya sempurna sehingga anak selalu merasa tertekan dan tak berguna buat ibubapanya.

10. Kita terlampau emosi dan pemarah hingga anak merasakan dirinya adalah tempat kita melampiskan perasaan

*Berikut adalah 10 didikkan yang boleh merosakkan adab anak kita. Memanjakan anak bukan satu perkara yang tidak baik, ia bagus untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Tetapi, tegurlah mereka jika mereka membuat salah dan jangan terlalu keras dengan mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.