Cara didikan anak perempuan dan anak lelaki adalah berbeza. Anak lelaki, hati mereka lebih kental dan kuat berbanding anak perempuan. Anak perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah rasa terkilan jika berbahasa kasar dengannya. Mereka perlu ditegur dengan lembut dan bukannya dengan meninggikan suara kepada mereka. Begitu juga dengan anak lelaki.
Anak perempuan perlu dididik dengan baik dari kecil kerana mereka lebih mudah dididik daripada anak lelaki. Mereka lebih mendengar kata dan kurang nakal, maka lebih mudah untuk kita didik dari kecil. Sebelum mereka mula masuk ke usia remaja di mana pada masa itu, emosi mereka akan kurang stabil kerana ingin mencuba banyak perkara yang baru. Ibu bapa perlu didik anak perempuan 5 perkara ini.
Apakah perkara itu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai didik anak perempuan 5 perkara ini sebelum masuk usia remaja. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
-Kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka
– Kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul
– Kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama
– Tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka. Ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi
– Ajar anak perempuan untuk merasa cantik secara dalaman supaya mereka tak bergantung kepada pujian luaran. Itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan.
*Anak perempuan mungkin sukar untuk dijaga tetapi mereka mudah dididik. Didiklah mereka dengan 5 perkara di atas sebelum masuk usia remaja. Insyaallah jika mereka dididik dengan baik dari kecil, apabila sudah mencapai umur akil baligh, mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-0rang tersayang.Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.