Lelaki merupakan tempat dimana seorang insan yang bergelar perempuan untuk mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya. Hal ini kerana kekuatan seorang lelaki melebihi kekuatan seorang perempuan. Allah S.W.T telah menciptakan kaum lelaki untuk menjadi pelindung kepada seorang perempuan.

Jom kita hadam perkongsian tips daripada Dr Taufiq Razif agar ibu bapa dapat menerapkan perkara ini dalam diri anak lelaki mereka.

imej via google

5 perkara tersebut ialah:

1 – Didik anak lelaki untuk melindungi maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik-beradik perempuannya.

2 – Didik anak lelaki untuk lemah lembut dengan adik-beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik-beradik perempuannya.

3 – Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri.

4 – Didik anak lelaki untuk hormat pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh menjadi hilang panduan.

5 – Didik anak lelaki untuk mencintai ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibulah pintu syurga utamanya buat selama-lamanya.

*Diharapkan perkongsian ini akan dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar apabila dewasa nanti mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dan boleh diharap oleh semua disekelilingnya.

Untuk post yang asal, para pembaca boleh merujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.