Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

12 Tips Alami Bantu Atasi Demam, Batuk & Selesema - Dr Suri Roowi

Demam, batuk, dan selesema? Hal-hal ini tdak dapat dinafikan boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh mengurangkan produktiviti kerja seharian kita.…

KesihatanDikemas kini 15 Februari 2019oleh Dr Suri Roowi
Gambar berkaitan batuk dan selesema sebagai panduan kesihatan.

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Demam, batuk, dan selesema? Hal-hal ini tdak dapat dinafikan boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh mengurangkan produktiviti kerja seharian kita. Mari kita sama-sama baca perkongsian daripada Dr. Suri Roowi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk meringankan kesan-kesan daripada masalah-masalah tersebut.

Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.

Cara-caranya adalah:

1. Minum air bawang putih.

Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.

Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli

Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.

Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit.

3. Nenas mengandungi enzim bromelain.

Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

4. Minum madu asli

Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

5. Minum yoghurt atau madu kelulut

Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

6. Madu + Kopi?

Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.

Batuk

Imej via newkidscenter.com

Tips seterusnya akan dikongsikan dalam posting akan datang (Tips 7-12).

Selamat mencuba dan dapatkan nasihat doktor anda.

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di link-link berikut: Tips 1, Tips 2-3, Tips 4-6