Mengalami darah rendah semasa mengandung?
Dari segi perubatan, darah rendah atau anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Hemoglobin mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu mengandung kepada beberapa komplikasi kehamilan.
Masalah darah renddah semasa mengandung boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Di antaranya ialah:
Di antara tanda darah rendah semasa mengandung ialah:
Masalah darah rendah semasa mengandung boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Di antara komplikasi yang biasa berlaku ialah:
Darah rendah semasa mengandung boleh menyebabkan ibu berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus. Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.
Sekiranya masalah darah rendah berada pada tahap yang serius, tubuh anda akan mengalami masalah untuk meneruskan proses kehamilan lalu menyebabkan keguguran.
Tumpah darah semasa bersalin adalah antara komplikasi darah rendah semasa mengandung yang paling digeruni. Jika terlalu banyak darah yang hilang, pemindahan darah terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kematian.
Darah rendah semasa mengandung juga boleh mengganggu proses perkembangan dan tumbesaran bayi yang ada dalam kandungan.
Darah rendah semasa mengandung juga boleh menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan normal. Bayi yang mempunyai masalah IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital.
Darah rendah semasa mengandung juga boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu yang mempunyai masalah darah rendah semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami angin meroyan selepas melahirkan.
Dalam kes yang paling teruk, masalah darah rendah yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu yang sedang mengandung.
Kelahiran bayi pra-matang juga boleh dikaitkan dengan masalah darah rendah semasa mengandung.
Ibu yang mengalami masalah darah rendah semasa mengandung biasanya akan mengalami masalah depresi atau tekanan perasaan.
Darah tinggi dan masalah jantung adalah di antara komplikasi yang disebabkan oleh darah rendah semasa mengandung.
Menurut pertubuhan WHO, darah rendah semasa mengandung yang serius boleh menyebabkan anak mempunyai perangai yang ganjil dan lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya.
Darah rendah semasa mengandung akan menyebabkan tahap imuniti ibu menurun dan mudah terkena jangkitan.
Ibu yang mempunyai masalah darah rendah semasa mengandung mungkin akan menjadi cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga semasa meneran. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin & ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.
Di antara cara untuk mengatasi masalah darah rendah semasa mengandung ialah dengan memastikan anda:
Zat besi membantu menghasilkan sel darah merah yang baru sekali gus mengatasi masalah darah rendah semasa mengandung. Di antara sumber makanan yang tinggi kandungan zat besi ialah:
Sekiranya anda disahkan mengalami masalah darah rendah semasa mengandung, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini. Di klinik kesihatan kerajaan, biasanya pil hematinik yang terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks akan diberikan.
Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.
Susu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh. Oleh itu, anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.
Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum. Lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya dalam hidangan harian.
Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau oleh doktor.
Itulah dia info tentang darah rendah semasa mengandung yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.Jemput juga baca artikel petua sakit gigi semasa mengandung , petua bersalin normal dan petua mudah bersalin.