Teringin buat daging salai tapi duduk rumah 25 tingkat? Kalau bakar kayu nanti sampai pulak bomba. Mari-mari siapa yang sudah teringin sangat buat, kami tulis resepi daging salai cara oven yang konfirm tidak berasap.
Resepi ini didatangkan dari Farah Wahida Mostaf di laman Facebook. Dengan idea masak daging salai guna oven, semua masalah bakar-bakar selesai. Maka terhasil lah resepi daging salai oven khas untuk pengguna oven sahaja yang mengelakkan bakar-bakar di dalam rumah. Kalau di luar rumah ada kawasan lapang senang boleh bakar dengan arang bukan? Resepi sama sahaja tetapi beza guna oven atau tidak.
Lama bakar untuk dapatkan daging masak sekata diperlukan masa 1 jam 30 minit, bergantung oven masing-masing. Daging salai masak lemak cilipadi sesuai untuk jadi lauk makan tengah hari. Makan dengan nasi putih dan ulam. Selamat mencuba.
Selain daging salai masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.