Siapa kata cuci kusyen kereta tidak penting dalam penjagaan kereta agar tahan lama? Kusyen kereta yang kotor dan berhabuk boleh mengundang pelbagai jenis bakteria untuk bersarang dalam kereta kita tanpa sedar.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang beberapa cara bagaimana untuk cuci kusyen kereta agar jadi nampak baru.
Terdapat tiga kaedah cuci kereta yang biasa digunakan oleh rata-rata masyarakat di Malaysia ini. Berikut adalah beberapa kaedah cucian yang perlu anda tahu.
Kereta yang dicuci secara manual merupakan kaedah paling selamat dan kebanyakkan dari kita sendiri menggunakannya.
Sama ada kita upah orang untuk basuh di kedai atau basuh sendiri, kedua-duanya menggunakan kaedah yang serupa.
Asas kepada cucian tersebut, kereta akan dibilas dengan air bersih sebelum menyembuh semburan buih pada permukaannya.
Kemudian, kain mikrofiber akan digunakan untuk menyental segala kekototan pada kereta. Apabila siap mencuci, bilas sekali lagi kereta sehingga hilang buih dan bersih.
Kaedah ini memang sangat efektif berbanding kaedah cucian lain kerana caranya yang lebih berhemah dan lembut.
Bagi cucian tanpa air pula, ianya lebih mudah kerana kita hanya perlukan bahan semburan dalam botol dan tuala mikrofiber untuk mengelap kereta.
Namun begitu, kaedah ini hanya sesuai digunakan apabila keadaan kereta tidaklah terlalu teruk dan kotor. Ia sekadar berguna untuk menampakkan kereta lebih berkilat dan baru.
Bila timbul rasa malas untuk basuh kereta tetapi keadaan kereta memang terlalu kotor, solusi terbaik untuk anda adalah dengan menggunakan keadah cucian automatik sahaja.
Terowong cuci kereta ini banyak disediakan di lokasi tertentu seperti stesen minyak atau tempat tumpuan orang ramai.
Kereta akan digerakkan menggunakan tali sawat yang membawa kereta melalui berus dan penyembur air automatik, dan pembersihan boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan efisien tanpa menggunakan tenaga manusia.
Dua masalah yang sering menyebabkan kita kerap untuk cuci kusyen kereta adalah kerana kusyen berpeta dan kotor.
Untuk menangani masalah kedua-duanya ini, berikut kami kongsikan langkah yang efektif untuk menyelesaikannya.
Selain dari cara cuci kusyen kereta ini, anda juga boleh baca artikel tentang tips penjagaan kereta yang lain seperti:
Rujukan: