Semasa bersalin, tubuh badan kita akan akan berubah bentuk dan akan mula mengambang sedikit kerana kandungan kita. Ia adalah perkara normal bagi wanita hamil. Perubahan tubuh badan akan nampak ketara selepas bersalin. Oleh sebab itu, wanita perlu berpantang untuk mendapatkan semula tubuh badan asal.

Salah satu cara untuk mendapatkan kembali tubuh badan asal atau yang lebih cantik adalah dengan memakai bengkung. Bengkung adalah salah satu korset dipakai pada tubuh badan untuk mengembalikan tubuh badan yang l-cantik. Maka anda perlu mencari bengkung yang betul-betul bagus. Apakah ciri-ciri bengkung yang bagus?

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai ciri-ciri bengkung yang bagus. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.

Ciri-ciri bengkung yang bagus

bengkung

bengkung

Imej viabengkungmoden

1. Material

– kain kapas belacu. Sebab ia menyerap peluh. Ada yang pakai bnegkung moden dari material tak serap peluh. Alasannya nak kasi badan berkuap dan lebih kuat berpeluh. Sedangkan ianya amalan tidak sihat. Dalam peluh ada toksik yang perlu dibuang. Jika pakai material yang menakung peluh, toksik itu akan diserap kembali oleh kulit dan menyebabkan korang akan kena sakit2 kulit pula. So pakai je bengkung kain.

2. Ukuran

– tinggi bengkung mestilah dari bawah breast sehingga ke aras lutut. Ada bengkung yang cover perut je. Punggung dan peha akan melambak dan bentuk tubuh ibu akan jadi pear shape sehabis pantang.

3. Panjang

– panjang bengkung biarlah lebih 1 meter. Asalkan menutupi keseluruhan ukur lilit badan.

4. Bengkung tali atau zip

– Ada yang beli bengkung zip sebab nak mudah ke toilet katanya. Hakikatnya bengkung pelru sentiasa diselerasakan mengikut ukur lilit tubuh untuk mendapatkan hasil ukur lilit badan yang ideal. Kalau malas pakai zip2 ni, last2 memboyak le lemak tu. Nak cantik mana boleh malas2.

*Sebelum anda membeli bengkung, pastikan bengkung tersebut mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Bengkung yang berkualiti dapat membantu wanita berpantang dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Bukan isteri sahaja yang perlu tahu mengenai hal ini, malah suami juga perlu untuk mengemberikan hati isteri ketika berpantang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.