Bayi yang ada masalah untuk membuang air besar adalah satu masalah yang biasa dialami oleh para ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak risau jikalau bayinya asyik menangis dan merengek kerana ketidakselesaan pada perut.

Tidak dapat membuang air besar adalah satu penyakit yang diketahui sebagai sembelit. Sembelit boleh dialami oleh bayi jika pencernaan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Bayi yang baru lahir tidak biasa lagi dengan pembuangan air besar atau air kecil. Mereka juga tidak biasa dengan memakai lampin bayi maka ia agak susah untuk mereka membuang air besar. Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk bayi itu menyesusaikan diri dengan perubahan ini.

Jika bayi tidak dapat membuang air besar adakah disebabkan sembelit atau tidak? Bagaimana kita mahu tahu adakah bayi kita terkena sembelit?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ciri-ciri bayi terkena sembelit dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

5 Ciri bayi kita terkena sembelit

1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing.

2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan.

3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran.

4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis.

5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang.

Cara mengatasi sembelit bayi

Macam mana nak atasi masalah sembelit ni? Jom tengok gambar di bawah. Cuba lakukan urutan lembut pada tubuh bayi anda.

cara atasi sembelit bayi
Imej via Facebook

*Cuba amalkan urutan di atas pada tangan, perut dan betis si bayi jika bayi ada masalah membuang air besar. Urutan ini sedikt sebanyak dapat membantu si bayi dalam membuang air besar. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.