Bagaimanakah cara tanam brokoli sendiri di rumah dengan betul?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tanam brokoli dengan mudah dan subur.
Brokoli atau nama saintifiknya, Brassica oleracea adalah sayuran yang mempunyai kaitan rapat dengan kubis, kale, bunga kubis, dan pucuk Brussels.
Brokoli tinggi dengan nutrien, termasuk serat, vitamin C, vitamin Ia dikatakan kaya dengan antioksidan. Ia memberi kebaikan kepada manusia terutamanya untuk kesihatan mata, kesihatan jantung dan pencegahan penyakit.
Brokoli mentah mengandungi hampir 90% air, 7% karbohidrat, 3% protein, dan hampir tiada lemak.
Anda boleh menikmatinya secara mentah atau dimasak, tetapi kajian terbaru menunjukkan bahawa mengukus sehingga lembut lebih banyak memberi manfaat kepada kesihatan diri.
Brokoli adalah tanaman musim sejuk yang memberi banyak manfaatnya. Jika anda ingin mencuba menanam brokoli sendiri, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda.
Brokoli paling bagus ditanam di bawah matahari. Pilih lokasi yang anda rasakan mampu untuk menerima sekurang-kurangnya 6 jam matahari penuh setiap hari.
Tanaman ini memerlukan tanah yang dikeringkan dengan baik dan mengandungi bahan organik.
Tumbuhan brokoli mungkin memerlukan penyiraman secara berkala. Siram apabila tanah kering kira-kira 5cm di bawah permukaan (uji ini dengan mencakar sedikit tanah dengan jari anda).
Siram dalam-dalam pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan menyiram daun pokok untuk mengelakkan penyakit kulat.
Jika tanah disediakan dengan baik, baja tambahan tidak diperlukan. Namun jika ia ditanam dalam tanah yang tidak subur atau anda ingin memberi ransangan tambahan kepada tanaman anda, penggunaan baja boleh memberi manfaat:
Untuk pembentukan kepala: Gunakan baja seimbang atau baja yang dirumus untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk pembentukan daun: Gunakan baja nitrogen tinggi atau baja yang dirumus untuk sayur-sayuran atau herba berdaun.
Anda boleh menuai brokoli kira-kira 60-120 hari bergantung kepada jenis biji benih itu sendiri. Bunga brokoli yang sihat dan sedia dituai biasanya boleh tumbuh sebesar genggaman 1 tangan anda.
Selain dari cara tanam tomato ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:
Sumber: